Buang Bayi 2


Biasanya seorang doktor akan bertanya pesakitnya apa penyakit mereka hadapi. Kemudian si doktor akan melihat simptom-simptom yang ada pada pesakit. Simptom yang di kesan biasanya dapat menjelaskan apa penyakit sebenar yang di hadapi oleh pesakit

Begitu juga dengan kes buang bayi yang heboh sekarang ini. Ia hanya salah satu simptom daripada penyakit kronik yang sedang di hadapi oleh umat Islam di Malaysia kini. Buang bayi bukan penyakit. Ia hanya simptom bagi penyakit. Petanda kerosakan aqidah yang cukup besar.

Bukan sekadar kerosakan aqidah si pembuang bayi dan pasangannya sahaja, tetapi petanda kerosakan aqidah ramai orang yang sebenarnya menyumbang kepada kes pembuangan bayi .

Sesiapa sahaja yang menolak Hukum Islam dari terlaksana di negara ini sebenarnya ia memberi sumbangan kepada peristiwa buang bayi. Sesiapa yang menyatakan bahawa hukum sebat kepada penzina zalim atau ketinggalan zaman sebenarnya telah rosak aqidahnya selain mereka juga adalah penyumbang kepada pembuangan bayi.

Sesiapa sahaja yang masih menyokong dan memberi undi kepada kumpulan yang enggan melaksanakan Syariat Allah walaupun telah berkuasa berpuluh-puluh tahun, sebenarnya mereka juga terbabit menggalakkan pembuangan bayi. Mereka juga akan di pertanggungjawabkan di Mahkamah akhirat terhadap sokongan yang mereka berikan.

Memang si pembuang bayi bersalah , tetapi adakah kita tidak memberi sumbangan kepada perkara tersebut?

Ya Allah, berikan kekuatan kepada kami untuk menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim…amin

2 responses to this post.

  1. Posted by yatirahman on Februari 17, 2010 at 10:27 pm

    kesian kat TGNA, heboh one malaysia kes bakar bayi. Elok laksanakan hukum hudud supaya one malaysia tengok penzina kena sebat, kena rejam dan memberi kesedaran kepada semua umat Islam

    Balas

  2. Kes buang bayi memang cukup menyayat hati…sampai tak tergamak nak membaca akhbar atau mendengar berita tentang kes2 sebegini dan yang seumpamanya..memang tragis.. sewaktu kecil, sikap dan perilaku anak2 dipengaruhi oleh pendidikan ibu bapa tetapi bila dewasa, persekitaran, budaya dan kawan2 banyak memainkan peranan….fikir-fikirkanlah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: