Selawat Nabi


Setiap hari jumaat biasanya bilal akan membaca sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud ” Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 ), sebelum khatib naik ke mimbar.

Seruan supaya berselawat ini sering di ulang-ulang. Tentulah ada sebabnya. Tentulah banyak kelebihannya. Cuma kita sahaja yang selalu buat tak peduli, sedangkan bukan sukar sangat nak berselawat ke atas nabi kan? Allahumma salli ‘ala Muhammad.

Biasanya kita berselawat ke atas nabi di dalam setiap solat yang kita dirikan. Tetapi ramai yang tak menghayati selawat yang di ucapkan itu. Sekadar memenuhi rukun solat. Sedangkan kita sepatutnya cuba memahami dan menghayati setiap ucapan kita dalam solat.

Kita kena sedar bahawa sewaktu berselawat kita sedang memberi penghormatan kepada Rasulullah saw. Kalau kita sayangkan ibu bapa kita, sayang kita pada Rasulullah saw mesti melebihi sayang kita kepada mereka. Hatta kepada diri kita sendiri. Sebab itu bila kita selawat kita perlu mengahayati selawat tersebut seperti kita menghayati doa kita kepada ibu bapa kita.

Ya Allah, sejahterakanlah ke atas Nabi dan berilah rahmat dan barakah ke atas nya….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: