Takut (Uwais Al-Qarani)


Sewaktu Rasulullah saw masih hidup, baginda ada berpesan kepada Saidina Umar dan Ali tentang seorang yang bernama Uwais Al-qarani. Walau pun Baginda tidak pernah bertemu dengan Uwais, tetapi pesan baginda kepada Umar dan Ali mintalah supaya dia berdoa untuk kamu kerana doanya sangat makbul. Dia adalah seorang manusia yang ‘tidakdikenali di bumu tetapi sangat terkenal di langit’

Diringkaskan cerita, pada zaman pemerintahan Saidina Umar barulah Uwais ini hadir ke Mekah dari Yaman bersama rombongannya untuk menunaikan haji. Beliau waktu itu hanya sebagai pengembala unta dalam rombongan itu.

Apabila Umar dan Ali telah menemui Uwais selepas mencari dan bertanya di dalam rombongan yang di sertainya, (berdasarkan tanda-tanda yang di beritahu oleh Rasulullah saw), maka dimintalah doa daripadanya seperti yang di pesan oleh Rasulullah saw. Tetapi di jawab oleh Uwais bahawa dialah yang sepatutnya meminta doa kepada Saidina umar. Setelah di desak barulah dia mengangkat tangan dan berdoa.

Diberitakan bahawa Uwais ini terkenal dilangit walau tidak dikenali di bumi kerana beliau telah sampai ke makam ‘khauf’ (takut) dimana takutnya dia kepada Allah seperti dirinya telah membunuh semua orang di dunia ini.

Beliau sentiasa merasakan bila beliau berada di waktu pagi, beliau tidak akan sampai ke waktu petang, dan bila beliau di waktu petang beliau tidak akan hidup lagi pada waktu pagi nanti.

Disebabkan takutnya pada Allah, pada waktu petang sebelum malam tiba, beliau akan mengeluarkan semua lebihan makananan yang di simpannya dan di berikan kepada orang miskin. Selepas itu beliau berdoa, ‘ Ya Allah jika ada hamba Mu yang kelaparan dimana-mana pun janganlah Engkau persalahkan kepada hamba Mu ini”.

Sewaktu beliau meniggal dunia, belum sempat di kafankan mayatnya tiba-tiba sahaja telah tersiap berkafan dengan kain yang bermutu tinggi. Belum sempat di gali kuburnya, telah siap tergali lubang kubur yang cantik. Dan bila dimasukkan sahaja jenazahnya kedalam kubur, sebentar kemudian jenazah nya telah hilang. (diangkat ke langit).

Hebatnya Uwais yang hidup pada zaman Rasulullah saw tetapi tidak berpeluang bertemu dengan baginda, walaupun pernah cuba menjejak Rasulullah dari Yaman ke Madinah. (kerana Rasululah keluar berperang)

Ya, Allah kau campakkanlah rasa takut kami kepada Mu agar kami sentiasa mematuhi perintah Mu…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: