Panglima Parsi


Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, terdapat seorang panglima Parsi yang ditawan dan akan menjalani hukuman bunuh diatas kesalahannya dan keengganannya untuk bertaubat dan memeluk Islam.

Sewaktu hukuman hendak dijalankan, tiba-tiba beliau meminta segelas air untuk di minum dengan alasan tidak mahu mati dalam dahaga. Saidina Umar membenarkannya.

Setelah di beri segelas air dia berkata ” Wahai Umar, sanggupkah engkau menjamin keamanan dan keselamatan sehingga aku habis meminum air di dalam gelas ini?. Saidina Umar yang tidak sedar dengan muslihat panglima Parsi tersebut terus memberi jaminan keamanan dan keselamatan kepadanya.

Setelah mendapat jaminan Saidina Umar, Panglima parsi tersebut terus menuangkan air dari gelas tersebut keatas tanah dan berkata ” Sekarang aku tidak dapat untuk meminum lagi air tersebut, maka engkau tidak boleh menghukum aku kerana itu janji mu tadi”.

Setelah sedar diri di permainkan, Saidina Umar terus mengarahkan Panglima tadi di bebaskan. Sebaik dibebaskan panglima Parsi tersebut terus mengucap dua kali syahadat menandakan dia menerima Islam sebagai agamanya.

Saidina Umar yang terkejut terus bertanya mengapa dia bersikap demikian. Jawapnya ” Aku tidak mahu dikatakan memeluk Islam hanya kerana takutkan mata pedang”(di bunuh).

Ya Allah, Engkau Maha Berkuasa, berilah kekuasaan pemerintahan kepada mereka yang bertakwa kepada Mu…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: