Sukan


Badan yang sihat amat penting untuk kita melakukan kerja dan tanggungjawab kita. Kerja pula adalah ibadah selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah swt di samping kita mengerjakan apa yang di fardhukan kepada kita seperti solat lima waktu.

Bersukan adalah salah satu cara untuk mendapatkan badan yang sihat. Nabi Muhammad saw juga menggalakkan umtnya ‘exercise’ seperti memanah, berenang dan menunggang kuda. Di riwayatkan juga bahawa Rasulullah saw juga pernah berlumba lari dengan Saidatina Aisyah. Sambil bersukan beliau bergurau dengan isterinya.

Islam memang suka umatnya kuat tubuh badan. Menjadi seorang Islam yang gagah lebih disukai dari menjadi seorang Islam yang lemah fizikalnya.

Walau bagaimanapun badan yang kuat sahaja, sedangkan imannya lemah tidak memberi manafaat kepada kehidupan di dunia apatah lagi di akhirat.

Apa guna badan yang sihat dan kuat sekiranya tidak di gunakan untuk berbakti kepada agama Allah swt. Apa guna badan yang sihat jika mengerjakan solat lima waktu sehari semalam pun tidak mampu. Apa guna badan yang kuat jika hendak mengangkat selimut di waktu azan subuh berkemundangpun tidak mampu.

Pelikkan, ada orang boleh berjoging berkilometer jaraknya setiap hari, tetapi untuk berjalan ke surau atau masjid yang jaraknya dari rumah tak sampai 50 meter sehari sekali pun tak mampu?

Pelikan ada orang bersukan berjam-jam lamanya, tetapi untuk duduk sebentar di masjid bagi mendengar ceramah pun tak mampu?

Bersukanlah. Tetapi jangan menjadikan ia matlamat hidup. Ia hanya ‘cara’ atau ‘alat’ untuk kita mendapat kecergasan dan kesihatan bagi mencapai keredhaan Allah.

‘Ya Allah, kurniakan kami kesihatan dan kesejahteraan hidup’…..amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: