Keyakinan


Bila kita sedang memandu, tiba-tiba kenderaan yang datang bertentangan dengan kita memasang dan menutup lampunya dua tiga kali. Apa tindakan kita?

Secara automatik kita mungkin akan memperlahankan kenderaan kita, meletakkan handphone kita atau memasang talipinggang keledar. Kenapa? Sedangkan dalam kursus memandu kita tak di ajar pun perkara tersebut.

Kenderaan yang mengerlipkan lampunya kita tak kenal pun. Kenapa kita bertindak demikian? Sebab kita percaya di hadapan ada polis walaupun kita belum nampak. Hanya dengan isyarat, kita sudah yakin. Keyakinan itu melahirkan tindakan, betul atau tidak?

Keyakinan pasti melahirkan tindakan. Begitulah sewajarnya dengan keyakinan kita kepada Hari akhirat. Pasti ada tindakan. Walaupun belum nampak. Kalau kita percaya kepada pemandu-pemandu kenderaan yang hanya mengelip-ngelipkan lampu padahal kita tidak kenal pun siapa mereka. Entah mereka berbohong, entah mereka hanya bergurau… tapi kita terus percaya dan bertindak.

Persolannya siapa yang membawa berita tentang hari akhirat, syurga dan neraka?

Dialah Rasulullah salallah alaihi wassalam, yang mana umat Islam sedang meraikan ulangtahun kelahirannya sekarang ini.

Apakah tidakan kita tentang berita yang disampaikan baginda sepantas tindakan kita bertindakbalas terhadap kerlipan lampu di jalanraya?

Ya Allah, berikan penghormatan dan kesejahteraan kepada Nabi Muahammad dan keluarga baginda….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: