Fesyen


Kalau kita pergi ke KLCC hari ini dan mengunakan kain pelikat dan baju melayu, apa perasaan kita? Atau kita pergi shopping di Giant dengan pakaian tersebut. Bagaimana rasanya?

Mesti kita rasa tak selesa sebab orang akan pandang semacam pada kita. Tapi apa salah kita? Kita menggunakan pakaian yang bersih, menutup aurat, tidak ketat dan pakaian kita tak mengganggu orang lain pun.

Mengapa masyarakat rasa pelik dengan pakaian tersebut? Bukan orang non-Muslim saja pandang semacam, malah orang Islam yang sebangsa kitapun anggap kita kolot. Betul tak?

Sedangkan kita bukan pergi majlis rasmi yang ada kod etika pakaian tertentu.

Peliknya, mereka yang pergi ke ketempat tersebut dengan menggunakan pakain yang ‘separuh bogel’, tidak pula dipandang serong. Mereka yang pakaiannya ketat dan nampak pusat, terdedah sana terdedah sini, nampak segala lekuk di tubuhnya tidak pula dianggap salah oleh masyarakat.

Yang memakainnya pula seorang Melayu (Islam?)

Sedangkan pakaian mereka sangat menganggu mata yang memandang dan terpandang. Merangsang nafsu yang memandang. Pakaian tersebut juga sebenarnya melanggar peraturan berpakaian yang di tetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan negara.

Apa telah terjadi kepada sistem nilai pada masyarakat kita sebenarnya?

Ya Allah,perelokkanlah akhlakku sebagaimana engkau telah memperelokkan rupa parasku…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: