Takut Untuk Tidur


Setiap hari kita gunakan lebih kurang enam jam untuk tidur. Itu waktu malam. Ada juga yang tambah sejam lagi di waktu siang.

Sebenarnya memang kita di anjurkan untuk tidur sebentar sebelum zohor. Kailulah. lebih-lebih lagi jika kita memang berniat untuk bangun tahajud di sebahagian malam.

Tapi pernah tak kita rasa takut untuk tidur?. Ada yang bertanya mengapa perlu takut untuk tidur, kerana ia menyeronokkan. Sebenarnya walaupun tidur itu menyeronokkan dan ia memang perlupun, tapi kita perlu bimbang mungkin kita tak boleh bangun selepas kita tidur.

Mungkin Allah mentakdirkan kita diantara orang yang di cabut nyawanya ketika tidur. Memang biasa berlaku orang yang mati ketika tidur. Cuma kita sering berfikir bahawa perkara tersebut tidak mungkin berlaku pada kita. Siapa beri jaminan bahawa kita boleh bangun pagi esok?

Oleh itu kita perlu istighfar, memperbaharui syahadah dan berdoa sebelum tidur. Seelok-eloknya berwuduk sebelum tidur kerana Nabi saw pernah memberitakan bahawa orang yang mati dalam keadaan wuduk dapat pahala mati syahid.

Ya Allah, segala pujian untuk Mu yang telah menghidupkan kami setelah mematikan (tidur) kami dan kepada Mu kami akan kembali…. amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s