Batu Belah


Bila teringat kisah batu belah batu bertangkup, kisah dongeng yang sering kita dengari waktu kecil dulu, terfikir juga, adakah sifat ibu yang begitu kerdil jiwanya di zaman ini?

Mungkin kisah itu hanya rekaan, tapi ada pengajaran. Kalau kita kata bahawa si ibu itu tidak sepatutnya membunah diri mereka hanya sekadar tidak dapat makan telur temakul, tetapi apa kurangnya ibu-ibu di zaman ini?

Ibu-ibu sekarang tidak ada yang membunuh diri. Tetapi ramai ibu-ibu yang ‘membunuh diri’ (baca: menyusahkan diri) secara tidak disedari di sebabkan tidak memberikan perhatian dan pendidikan agama kepada anak-anak.

Ada ibu yang menggalakkan anak gadisnya keluar dengan teman lelaki (termasuk tunang) mereka tanpa halangan.

Ada ibu yang menutup aurat dengan sempurna, tapi anak gadis yang berjalan berasamanya, pusat merekapun terdedah.

Ada ibu tak kisah pun tentang solat atau tidak anak-anak mereka, sedangkan amat risau jika anak mereka tak mahu makan.

Ada ibu sanggup berhabisan duit untuk fesyen pakaian anak gadisnya, tetapi sukar untuk mengeluarkan duit “agama” anak.

Agak-agaknya Allah tidak murka ke kepada ibu-ibu begini seperti murkanya Allah terhadap ibu dalam kisah batu belah bertangkup?

Moga-moga ibu-ibu sentiasa berjiwa besar seperti besarnya jiwa Fatimah puteri kesayangan Rasululah saw.

Ya Allah, ampunkan dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami..amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: