Keputusan SPM


Sebentar lagi ramai pelajar yang gembira dan bersedih. Keputusan SPM 2009 akan di ketahui. Bukan saja pelajar gementar, sebahagian guru juga ada yang gelisah. Apakah hasil penat lelah mereka menghasilkan keputusan yang diharapkan?

Naluri manusia memang sentiasa inginkan kejayaan yang cemerlang. Apa saja yang di buat biasanya kita inginkan kejayaan. Termasuklah dalam peperiksaan.

Namun kita kena sedar, dalam hidup ini segala kejayaan dan kegagalan di berikan oleh Allah swt. Adatnya, orang yang gigih berusaha akan berjaya. Tetapi bukan suatu kepastian di dunia ini mereka mengutip kejayaannya.

Allah swt memerintahkan kita untuk berusaha dan bersungguh-sungguh dalam usaha kita. Kita di beri pahala atas usaha kita, bukan atas kejayaan kita.

Bila kita berjaya Allah menuntut kita bersyukur dengan nikmatnya. Jangan ego dan takbur. Ingat kejayan itu Allah yang beri.

Sebaliknya bila kita ‘belum berjaya’, Allah menuntut kita bersabar dengan ujiannya. Pasti ada hikmahnya yang kita belum tahu buat masa ini kenapa kita belum berjaya.

Kalau ini kita dapat lakukan , kedua-duanya memberi pahala dan kebaikan kepada kita.

Ingatlah pahala itu di beri pada “proses” bukan “hasil”.

Ya Allah, jadilah kami hamba Mu yang sentiasa redha dengan segala ketentuan Mu….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: