Proses dan hasil


Hidup di dunia ini sementara. Semua orang tahu. Mati itu itu pasti. Semua orang tahu. Bukan sekadar tahu, malah yakin.

Cuma yang membezakan orang beriman dengan orang yang tak beriman, ialah orang yang beriman yakin mereka akan di hidupkan semula selepas mati untuk menerima balasan atas segala perbuatan di dunia ini.

Sebahagian daripada orang yang tidak beriman dengan Allah dan Rasullulah juga percaya mereka akan di bangkitkan dan di masukkan kedalam syurga atau neraka. Tetapi mereka berada dalam kesesatan.

Sebahagian daripada orang yang beriman pula, mereka masih ada keraguan dalam hati mereka tentang pembalasan Allah ini. Sebab itu mereka sering melanggar hukum-hukum Allah.

Tugas kita kepada mereka yang tidak beriman dan masih ragu-ragu ini ialah memberi peringatan dan menyampaikan Islam kepada mereka. Tugas semua orang yang benar-benar beriman. Bukan tugas ustaz-ustaz dan ulama-ulama sahaja. Bukan tugas imam-imam dan pihak berkuasa agama sahaja.

Kita menyampaikan kebaikan bukan sebab hendak mengubah mereka, tetapi sebab itu perintah Allah swt. Siapa kita nak mengubah hati mereka? Hanya Allah sahaja yang mampu memberi hidyat dan petunjuk kepada sesiapa jua. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan hasilnya. Allah hanya tanya, apa usaha kita, bukan hasilnya

Ingatlah pahala itu di beri pada “proses” bukan “hasil”.

Ya Allah, ampunkan segala dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: