Monggol


Ramai yang tahu kisah bagaimana kerajaan Baghdad (Abbasiah) di takluk oleh Monggol (Hulagu Khan). Beribu-ribu umat Islam di bunuh. Termasuk khalifah Al-Musta’sim dengan cara menggulungnya di dalam permaidani dan di pijak-pijak hingga meninggal dunia.

Yang menakjubkan, bagaimana akhirnya beberapa orang raja Monggol yang berikutnya memeluk Islam. Bagaimana boleh berlaku?

Sebelum menerima Islam, raja Monggol tersebut telah membunuh begitu ramai ulama yang cuba menyampaikan Islam kepada mereka sebelum mereka sempat menjelaskan keindahan Islam kepadanya.

Akhirnya dia berasa hairan, kenapa masih ada ulama yang ingin bertemu dengannya walaupun mereka tahu mereka akan di bunuh.

Maka akhirnya dia setuju untuk mendengar penerangan yang ingin disampaikan oleh seorang ulama yang berani bertemu dengannya. Dengan izin Allah akhirnya dia menerima Islam sebagai agamanya. Seterusnya menjadi pejuang Agama Allah swt.

Kesimpulannya, tugas umat Islam menyampaikan kebenaran. Allah memerintahkan kita menyampaikan kebenaran kepada sesiapa pun jua, dan Allah yang memberi hidayat kepada sesiapa yang Dia pilih.

Ya Allah berikan kekuasan memerintah kepada mereka yang bertaqwa kepada Mu…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: