17303


Seramai itu untuk 2009 sahaja? Melayu sahaja? Ramai yang amat terkejut. Kalau anak hasil zina mencapai jumlah tersebut, berapa banyak pula perlakuan zina di kalangan orang Melayu setahun?

Dalam tempoh lima tahun lalu pula , JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Boleh di tubuh persatuan/NGO untuk kumpulan ini. Menteri mana sanggup menjadi penasihat atau presidennya?

Secara puratanya, setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah di kalangan orang Melayu.

Inilah padahnya bila hukum-hukum Islam di tolak. Agama hanya retorik semata-mata. Sifat munafik semakin terserlah. Undang-undang penjajah disanjung-sanjung. Ulama di hina-hina. Kuasa dan Harta menjadi kegilaan.

Yang timbul nanti, hanya ibu bapa di persalahkan. Yang menyediakan suasana dan memudahkan penzinaan bagaimana? Yang menggalakkan pergaulan bebas bagaimana? Yang mempromosikan hiburan melampau bagaimana? Yang memberi lesen kelab malam ? Yang menganjurkan pesta @ karnival ? Yang mengeluarkan lesen dan permit?

Yang mengundi dan menyokong kumpulan yang jelas menolak hukum Islam dari terlaksana di bumi Malaysia ini bagaimana? Sudah lebih 50 tahun berkuasa, semakin rosak masyarakat Islam di malaysia ini. Selagi hukum Allah tidak di tegakkan selagi iutlah maslah ini tidak berkurang malah akan bertambah banyak setiap tahun. Buatlah sebanyak mana program, tetapi jika hukum Allah di ketepikan, bantuan Allah tidak akan tiba.

Adakah kita terlepas dari azab Allah di akhirat nanti?

Azab dunia semakin berganda-ganda di masa akan datang bila hasil zina ini semakin ramai. Nauzubillah.

Ya Allah, kami berlindung dengan Mu dari kemurkaan Mu di atas dosa-dosa mereka yang bersama kami. .. amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: