Solat 3 – Peluang terhidang


Bila kita buat sesuatu kerja kerana terpaksa memang tidak seronok. Bahkan kalau kita di paksa untuk bermainpun kita tak rasa seronok sedangkan permainan itu memang kita suka. Tapi jika kita di paksa, kita hilang rasa minat untuk bermain.

Sebab itu bila kita solat dalam keadaan rasa terpaksa, ia tidak seronok dan tidak akan mendatangkan khusyuk semasa menunaikannya.

Tapi ramai orang bersolat sekadar menunaikan kewajipan semata-mata. Sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai seorang muslim sahaja.

Tidak ramai yang merasakan, bila masuk waktu solat maka telah datang satu peluang untuk ‘bertemu’ dengan Allah swt. Tidak ramai yang dapat merasakan bahawa solat itu satu peluang untuk kita memohon keampunan kepada Allah swt. Tidak ramai yang merasakan ia satu peluang untuk memohon pelbagai perkara kepada Allah swt.

Solat itu bukan suatu “beban’ tetapi “peluang” untuk orang beriman yang di hadiahkan oleh Allah swt. Maka gunakanlah peluang yang digunakan dengan sebaik mungkin.

InsyaAllah jika kita sedar tentang perkara ini, ia dapat membantu kita menghayati solat kita dan solat kita menjadi lebih khusyuk.

Ya Allah, Jadikanlah kami dikalangan orang yang memelihara solat begitu juga zuriat-zuriat kami.. amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Mac 27, 2010 at 7:14 am

    betul tu. anak2 sukar bangun solat subuh bila hari cuti kerana mereka belum merasakan makanan yg terhidang itu

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s