Solat 4 – Tukmakninah


Kita belajar sejak dari kecil bila kita solat perlu ada tukmaninah dalam kebanyakkan dari rukun solat.

Dalam sujud perlu tukmaninah. Dalam rukuk pun perlu tukmaninah. Duduk antara dua sujud pun perlu tukmaninah.

Cuma kefahaman kita tentang tukmaninah itu mungkin tak sama diantara seseorang dengan orang lain. Ramai yang mendefinisikan tukmaninah itu sekadar ‘berhenti seketika’, iaitu anggota badan kita tidak bergerak selama kira-kira kita membaca ‘Subhanallah’.

Definisi lebih baik bagi tukmaninah ialah ‘ bertenang‘ dan berdiam seketika iaitu tidak membaca apa-apa, sebaliknya menumpukan hati dan perasaan kepada Allah swt. Bila ini kita lakukan kita akan dapati solat kita lebih khusyuk. Ini kerana ‘otak kiri’ (logik /matematik) kita direhatkan dan ‘otak kanan’ (mengawal perasaan) sahaja bertugas ketika itu.

Kita kena ingat bahawa kebanyakkan bacaan dalam solat adalah sunat, kecuali takbiratul ihram, Alfaatihah, tahiyat akhir, selawat dan salam yang pertama.

Yang utama dalam solat ialah banyak mengingati Allah swt. Sebab itu sebaik-baiknya bila kita bergerak dari satu rukun ke rukun solat yang lain, kita sebaiknya berdiam seketika sebelum membaca bacaan yang dianjurkan atau di sunatkan untuk dibaca.

Dengan cara itu, kita dapat lebih menghayati setiap rukun solat yang kita lakukan. InsyaAllah kita akan lebih khusyuk.

Ya Allah, jadikanlah kami kecil dipandangan mata kami sendiri dan besar pada pandangan orang lain….amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Mac 27, 2010 at 7:12 am

    Dah amal sejak dapat panduan dari tn. hj tahun lepas. Alhamdulillah solat lebih khusyuk.TQ

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: