Solat 6 – Tahu Vs Sedar


Mencari ilmu wajib bagi setiap orang muslim. Akal yang dikurniakan Allah bertujuan supaya kita boleh berfikir. Dengan ada ilmu manusia menjadi ‘tahu’ sesuatu yang benar dan yang salah. Boleh membezakan yang baik dengan yang jahat dan sebagainya.

Ilmu tentang solat, menyebabkan kita tahu rukun, syarat sah dan perkara yang membatalkan solat. Tetapi ilmu sahaja tak cukup.

Allah juga memberi kita ‘hati’. Bila kita buat sesuatu perkara, tak cukup sekadar dengan ‘tahu’ sahaja. Ia mesti dilakukan dengan ‘sedar’. Tahu dengan ilmu(akal) dan sedar dengan hati.

Sebab itu semasa solat kita perlu tahu dan sedar. Kalau kita sekadar tahu sahaaja bahawa kita sedang solat, maka kita sekadar memelihara rukun dan perkara yang membatalkan solat sahaja. Tetapi sekiranya sepanjang solat kita ‘sedar’ bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah swt, maka solat kita akan bertambah khusyuk.

Contohnya, semasa kita sedang iktidal, kita sedar bahawa selepas ini kita akan sujud kepada Allah swt. Dengan itu kita dapat ‘menjiwai’ pergerakan kita turun sujud. Pada masa itu kita bukan sahaja ‘tahu’ kita sedang solat, tetapi kita juga sedar dengan ‘hati’ kita, bahawa kita sedang sujud kepada Allah swt.

Ya Allah, kurniakan kami nikmat khusyuk di dalam solat…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: