Apa dalam hati kita?


Kalau kita tanya diri kita sendiri, apa ada dalam hati kita sekarang? Susah nak jawab. Baiklah, kita specifickan soalan, mana lebih banyak yang kita ingat dalam hati kita, ingat Allah atau ingat duit?

Kalau kita jawab kita banyak ingat Allah dari ingat duit, cuba kita congak-congak berapa banyak masa kita ingat Allah dalam sehari, berbanding kita ingat pasal duit.

Cuba kita fikir berapa kerap kita selalu merasakan bahawa kita perlu duit untuk selesaikan masalah kita, berbanding dengan kita perlu mendekatkan diri dan memohon pada Allah untuk membantu kita?

Kenapa kita sering merasakan kita perlu tambah pendapatan untuk hidup lebih selesa, tetapi kita jarang merasakan kita perlu tambah amalan kita untuk hidup bahagia, tenang dan selesa di dunia ini?

Di mana tahap sebenarnya keyakinan dan keimanan kita kepada Allah swt?

Mulut kita cepat sungguh mengaku kita banyak ingat Allah bila ditanya orang, tetapi hati kita tidak tidak boleh menipu kita. Sebab tu di akhirat mulut kita dikunci dan anggota badan yang lain yang akan berkata-kata.

Di mana Allah sebenarnya dalam hati kita?

Ya Allah bantulah kami untuk merasai kebesaran dan keagungan Mu..amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: