Sayang Atau manja?


Tanggungjawab membesarkan anak-anak memang besar dan berat. Sebab anak-anak itu amanah Allah swt. Ramai yang risau jika selepas berumahtangga tapi lambat di kurniakan anak. Anak-anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang tak dapat dibanding dengan rezeki-rezeki lain.

Walau bagaimanapun, di dalam keseronokkan kita kerana di kurniakan anak, janganlah sampai lupa tanggungjawab kita padanya. Bukan sekadar membesarkan saja, tapi cuba membekalkan mereka dengan pendidikan agama yang sesempurna mungkin adalah tanggungjawab yang sebenarnya memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit dari ibu bapa.

Di zaman yang serba ada ini, cabaran untuk mengatakan ‘tidak’ dan ‘jangan’ kepada anak merupakan perkara yang bukanlah mudah. Anak-anak sekarang sering pandai mempersoalkan arahan yang di beri, lebih-lebih lagi jika arahan kita itu tidak menjadi arahan atau larangan daripada bapa kepada rakan anak-anak kita.

Menyayangi anak memang fitrah ibu bapa, tetapi terlalu memanjakan mereka boleh menyebabkan mereka gagal mengharungi kehidupan ini dengan baik apabila mereka dewasa.

Masalah kita, ialah kadang-kadang kita gagal untuk membezakan diantara menyayangi dengan memanjakan anak-anak.

Ya Allah jadikan zuriat-zuriat kami sebagai penyejuk mata kami…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: