Hati-hati


Hati merupakan raja bagi insan. Sebab itu Rasulullah saw pernah menerangkan bahawa dalam tubuh manusia itu ada segumpal darah. Jika baik ia maka baiklah manusia itu dan begitu juga sebaliknya. Ia adalah hati.

Orang yang mempunyai hati yang baik, walaupun kita tak boleh nampak hatinya tetapi akhlak dan budi pekertinya akan mencerminkan hatinya. Sebab itu bila ada orang yang berkata bahawa ‘aku ni nampak je macam jahat, tapi hati aku baik’ sukar untuk diterima oleh orang yang mendengarnya.

Sebaliknya orang yang nampak baik, tetapi sebenarnya mempunyai hati yang jahat memang ada. Mereka inilah orang yang di gelar ‘munafik’ iaitu orang berjaya menyembunyikan kejahatan hatinya.

Kita yang mengaku beriman pun kena hati-hati juga dengan hati kita, takut-takut sebenarnya kita ini ada ciri-ciri munafik. Kata Nabi saw, ciri-ciri orang mnafik itu antaranya ialah bila berkata-kata
ia dusta dan bila di berii amanah ia khianat.

Berapa banyak kita dusta dan khianat dalam hidup kita?

Ya Allah pelihara kami dari sifat-sifat munafik… amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: