Suci


Bila kita lihat anak-anak kita yang masih kecil mengalami sedikit kemalangan yang kecil kita mula rasa susah hati. Lebih-lebih laggi jika ia melibatkan kecederaan.

Rasa kasihan pun ada. Rasa bersalah pun ada juga kerana tidak dapat memberi perlindungan yang sewajarnya kepada mereka.

Tetapi pada hakikatnya kita sebenarnya memang tidak dapat memberi apa-apa perlindungan kepada mereka tanpa izin Allah swt. Apa yang kita lakukan selama ini sekadar beberapa usaha kecil untuk melindungi mereka semampu yang kita boleh.

Cuba kita ingat balik, berapa kali anak-anak kecil kita ini ‘terselamat’ dari jatuh atau tercedera sedangkan rasionalnya perkara tersebut telah berlaku di sebabkan kelalaian atau kecuaian kita pada waktu itu. Tetapi ia jarang berlaku.

Banyak bukti menunjukkan bahawa Allah dengan sifat ‘Rahman dan Rahimnya’ selalu membantu kita bila kita dalam keadaan terdesak atau tidak mampu dalam usaha kita memberi ‘perlindungan’ kepada anak-anak kecil kita.

Anak-anak yang belum berdosa ini mudah mendapat ‘pertolongan dari Allah swt. Cuma kita saja yang tak perasan.

…..dan dosa-dosa kita juga mungkin diantara penyebab ‘kemalangan kecil’ yang dialami mereka.

Ya Allah janganlah disebabkan dosa-dosa kami Engkau murka ke atas kami….. ampunkanlah saja dosa-dosa kami dengan rahmat Mu yang Maha Pengasih dan Penyayang…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: