Berpolituk di Masjid?


Nabi saw adalah pemimpin agung yang diiktiraf seluruh dunia sehingga ke hari ini. Bukan umat Islam sahaja mengakuinya, malah yang bukan Islam pun meletakkan Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin paling berpengaruh di dunia.

Pengaruh baginda bukan sekadar dalam urusan akhirat semata-mata, tetapi juga dalam menguruskan hal-hal dunia.

Baginda saw seorang pemimpin keluarga, masyarakat dan juga negara. Baginda juga memimpin peperangan. Baginda juga menjadi imam dan menyampaikan ceramah dan mengajar di masjid.

Yang diajar baginda bukan sekadar hukum tentang solat, puasa dan ibadat khusus yang lain. Baginda mengajar tentang ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain.

Termasuk juga politik. Sebab salah satu tujuan politik adalah untuk melantik pemimpin. Melantik pemimpin adalah satu kewajipan dalam Islam.

Al-Quran menerangkan dengan jelas tentang kepimpinan kepada mereka yang membaca dan memahaminya.

Mereka yang terpengaruh dengan saki baki peninggalan penjajah sahaja yang menghalang politik di bincangkan di masjid.

Baca dan fahamlah Surah Al-Maidah, nescaya kita faham bahawa mengenepikan politik dari Islam menyebabkan kerosakkan aqidah.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud:“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir”. ( Al Mai­dah: 44)

Ya Allah, berikan kemenangan kepada Islam dan umat Islam…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: