Carilah bumi lain…


Manusia boleh buat peraturan utntuk melancarkan perjalanan hidup di dunia ini. Tapi peraturan itu mesti tidak bertentangan dengan hukum Allah dan bukan dalam perkara yang telah di tetapkan oleh Allah swt.

Biasanya peraturan yang di buat manusia adalah untuk kepentingan tertentu. Kadang-kadang peraturan tersebut menguntungkan sebelah pihak dan menyusahkan pihak yang lain.

Apa pun peraturan tersebut di harapkan tidaklah bertujuan untuk menyusahkan perkembangan Islam di bumi milik Allah ini.

Sekiranya peraturan itu menyekat perkembangan Islam, sudah tentu pendakwah dan pejuang Islam tidak dapat menerimanya.

Ketaatan kepada makhluk ada batasnya, tak kira siapa atau apa pangkatnya.

Sekiranya kita boleh menghalang orang lain dari hadir ke tempat kita berkuasa, hanya disebabkan mereka engkar peraturan kita kerana untuk memperjuangkan Islam dan berdakwah, maka kita juga sepatutnya tidak ‘tinggal’ di bumi Allah ini jika tidak dapat patuh pada peraturan dan perintah Allah. Apatah lagi jika kita menghalang dakwah dan Islam ditegakkan dari terlaksana.

Carilah bumi selain dari bumi Allah ini kalau mampu…

Ya Allah berilah hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: