Luasnya rezeki kita…


Bila kita sebut pasal rezeki, ramai yang terpikir pasal duit, harta, kereta dan sebagainya. Biasanya dikaitkan dengan ‘benda’ atau material.

Sudah lumrah, setiap orang biasanya ingin selalu menambahkan rezekinya. Maksudnya tambah pendapatan. Walaupun telah mempunyai pendapatan tetap bulanan, ada saja kerja sampingan yang ingin di buat untuk menambah ‘income’.

Baguslah, sebab kadang-kadang pendapatan tetap tersebut memang tak mencukupi, memandangkan kos sara hidup sekarang semakin bertambah. Cukai baru, GST pun akan mencengkam tak berapa lama lagi. Hanya menunggu masa yang sesuai saja.

Cuma, apa kata kita cuba luaskan sikit maksud ‘rezeki’ tersebut. Sebenarnya kesihatan juga rezeki. Ilmu juga satu bentuk rezeki. Anak-anak juga rezeki. ‘Masa’ untuk merehatkan badan itu pun rezeki. Kelapangan yang diberikan oleh Allah SWT yang kita gunakan untuk beribadah dan ke kemasjid juga rezeki. Isteri yang solehah dan suami yang soleh juga rezeki.

Bila kita luaskan skop ‘rezeki’, maka tidaklah kita terkongkong sangat dengan mencari rezeki hanya dalam bentuk ‘wang’ semata-mata. Akhirnya hidup ini akan lebih bermakna…

Ya Allah jadikan kami hamba Mu yang kaya dengan sifat “qanaah”…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: