Berilah alasan kepada Allah


Selalu kita beri alasan bila kita tak dapat melakukan sesuatu yang sepatutnya kita lakukan. memang tabiat manusia untuk mencari alasan. Sebab jarang manusia itu mangaku kelemahan dan kesalahan masing-masing.

Bila terlepas solat subuh, alasannya tak sedar, jam tak bunyi, malam tadi tidur lewat, susah nak lelap sehingga hampir subuh baru tertidur dan seribu alasan lain.

Bila tak ke masjid untuk berjemaah, alasannya balik kerja lewat, badan letih sangat, anak meragam dekat rumah, banyak kerja tak selesai, tolong isteri masak dan basuh baju, sakit perut tadi, dan seribu alasan lagi.

Bila tak berzakat atau bersedekah, alasannya duit hanya cukup makan sahaja, hutang rumah banyak lagi macam mana nak berzakat, orang kaya pun tak bayar zakat, dan seribu macam alasan lagi

Bila tak berjuang untuk agama, alasannya terikat dengan kerja, beban kerja sendiri tak terbuat, peraturan tak memngizinkan, tak apalah tunggu pencen nanti, dan seribu alasan lain.

Cuba kita ingat balik kisah Ka’ab Bin Malik sahabat Rasulullah SAW yang terlepas dari Perang Tabuk kerana melengah-lengahkan bersiap, bukan sengaja…..tapi apa hukuman padanya? Sedangkan beliau terlibat dalam semua peperangan bersama baginda kecuali perang badar. Apa hukuman Allah dan Rasulullah SAW ke atasnya?

Bila Rasulullah tanya kepada Kaab mengapa beliau tidak bersama hadir dalam Peparangan Tabuk, apa jawab Kaab?

Sungguh aku diberikan kemampuan berhujah, namun demi Allah aku tahu, jika aku sekarang memberi alasan kepada Rasulullah dengan alasan yang direka-reka, yang membuat Rasulullah redha dengan alasanku, tetapi Allah tetap akan murka kepadaku.

Agak-gaknya Allah terima tak alasan yang kita beri, bila kita bertemu dnegan Allah di akhirat kelak?,
Sepatutnya kita bukan beri alasan, sebaliknya mengambil langkah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT.

Ya Allah, ampunkan dosa Ku semuanya….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: