Judi halal?


Terkejut, marah, geram, sedih bercampur-campur muncul dalam diri ini bila mendengar cadangan dari pembesar sebuah negara umat Islam untuk menghalalkan judi atau pertaruhan sukan. Selepas berbagai jenis judi telah dihalalkan tak cukupkah lagi hingga sukan pun hendak di jadikan aktiviti judi yang di halalkan?

Alasan sebab prihatin dengan rakyat amat mendukacitakan. Adakah pihak terbabit tidak prihatin langsung dengan kemurkaan Allah SWt?

Alasan negara banyak menanggung kerugian di sebabkan tidak melesenkan judi sukan, adalah satu alasan bodoh yang di percayai mereka yang bodoh sahaja.

Kalau beginilah sikap mereka yang berkuasa, tak mustahil suatu hari nanti pelacuran juga akan di ‘halalkan’ suatu hari nanti dengan alasan untuk mengelakkan negara kerugian kerana tidak dapat mengutip cukai dari aktiviti tersebut?

Mungkinkah juga ‘video lucah’, murtad, rasuah, penzinaan, dan segala bentuk yang haram akan di izinkan suatu hari dengan alasan yang sama

Jawablah sendiri di hadapan Allah kelak. Bukan yang berkuasa saja, tetapi yang mengundi mereka sehingga menyebabkan mereka berkuasa.

Marilah kita berdoa supaya Allah tidak menurunkan azab kepada kita semua di sebabkan angkara durjana mereka yang di amanahkan dengan kuasa, tetapi menyalahi perintah Yang Maha Berkuasa.

Ya Allah berikan kuasa Pemerintahan di bumi Mu ini kepada mereka yang bertaqwa ….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: