Kereta baru atau terpakai?


Beli kereta baru atau second hand? Ramai yang sukar untuk buat keputusan mana satu yang patut di beli. Samada kereta baru atau kereta terpakai ada kelebihan masing-masing. Apa jenama kereta juga penting kerana biasanya ia melambangkan kualiti kereta tersebut.

Tetapi ada yang lebih penting lagi, cuma ramai yang rasa ia tak berapa penting. Yang terpenting bagi seorang mukmin ialah cara kita memiliki kereta tersebut. Dari mana sumber kewangannya? Bagaimana proses mendapatkannya?

Kalau kita tak mampu memberi secara tunai ( kebanyakkan) sepatutnya kita perlu memastikan bahawa kita mendapatkan kereta tersebut mengikut kaedah yang di izinkan syarak. Gunakan sistem pembiayaan (bukan pinjaman) yang di berikan oleh bank-bank Islam atau sistem perbankan Islam.

Elakkan terlibat dengan riba. Kereta yang kita naiki itu digunakan di jalanraya. Risiko ada untuk terlibat dengan kemalangan. Bayangkan kita di cabut nyawa oleh Allah di dalam kenderaan yang kita beli dengan cara riba, sanggupkah kita?

Mungkinkah banyak sangat kemalangan di jalanraya disebabkan tidak adanya keberkatan pada kenderaan-kenderaan di jalanraya kita. Banyak sangat kereta yang di beli dengan cara yang di murkai oleh Allah swt berada di jalanraya kita.

Ya Allah Engkau berkatilah segala rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: