Kaya @ Miskin


Ramai yang nak jadi kaya di dunia ini. Kalau ada orang yang tidak bercita-cita menjadi kaya di pandang pelik. Orang mungkin mengata orang tersebut kurang sihat. Tidak bercita-cita tinggi, kolot dan sebagainya.

Diantara kewajipan seorang Islam ialah menunaikan zakat dan menunaikan haji. Kedua-dua ibadat tersebut memerlukan wang. Orang yang hidup cukup-cukup makan sahaja dan tidak menabung, hampir mustahil dapat melaksanakan ibadat tersebut. Kadang-kadang bila terlalu miskin, untuk mengeluarkan zakat fitrah yang kecil jumlahnya pun orang-orang Islam tak mampu.

Tapi di zaman ini kita lihat bahawa jadi orang kaya pun susah juga. Orang miskin apatah lagi. Dua-dua golongan ini hatinya susah untuk tenang dan bahagia.

Orang kaya biasanya hidup mewah, kereta besar, rumah besar, harta banyak tapi hati tak tenang sbb takut dirompak,di samun atau dibunuh. Orang miskin, hidup susah sebab keperluan hidup pun tak cukup. Nak makan dan minum pun susah.

Orang sederhana, sepatutnya hatinya bahagia sebab keperluan hidup cukup, perompak pun tak ingin nak rompak sebab kereta buruk, harta sikit. Masalahnya orang sederhana biasanya tiada sifat qanaah sentiasa berangan nak jadi orang kaya. Sekaya-kaya yang boleh.

Apa tujuannya?

Ya Allah, kau bantulah kami mengikis sifat cintakan dunia di dalam hati kami….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: