Guru Oh Guru


Ramai daripada kita sering menyambut hari-hari tertentu dalam hidup mereka. Biasanya mereka meraikan ulangtahun perkahwinan, hari lahir, hari ibu, hari keluarga, hari kemerdekaan dan sebagainya.

Tak ketinggalan, yang meriah di sambut ialah hari guru. Mungkin sebab jumlah guru yang ramai, maka sambutannya agak meriah.

Menghormati guru dan mendoakan mereka adalah satu tanggungjawab kita semua. Setiap kita memang mempunyai guru, walau apa pun ‘kerjaya’ kita hari ini. Kalau hari ini kita adalah seorang guru sekolah, dulu kita juga seorang murid yang belajar dengan ramai guru.

Berapa ramai guru kita? Mungkin kita tak boleh ingat semuanya, kerana terlalu ramai. Guru di sekolah rendah, di sekolah menengah, di maktab, di universiti, di masjid-masjid, dan di tempat-tempat lain.

Ada juga yang berguru melalui rancanagn TV, seperti alkuliyyah, halaqah, tanyalah ustaz, forum perdana dan bicara mufti. Ada juga yang berrguru dengan ‘internet’ dan melalui buku-buku dan kitab-kitab.

Pendek kata kita mempunyai ramai sangat guru yang mengajar kita pelbagai bidang ilmu dengan pelbagai ‘medium’.

Marillah kita doakan semua guru-guru kita sebagai mengenang jasa mereka kepada kita, sebab kita tak mungkin dapat membalas jasa-jasa mereka kepada kita.

Ya Allah, Ampunilah dosa guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik kami samada yang masih hidup atau pun yang telah pergi….amin

One response to this post.

  1. Posted by hamba allah on Mei 27, 2010 at 10:56 pm

    kerje seorg guru amat mulia….tp guru sekarang nie x sama macm guru yanag dahulu..macm pelajar juga…knp zaman dahulu dan sekarang terlalu jauh berbeza???????????????

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: