Tak boleh memilih.


Hari ini ramai daripada kita yang boleh memakai pakaian yang di gemari. Berbagai fesyen dan warna. Kain pun dari berbagai jenis dan kualiti.

Hari ini ramai juga daripada kita yang mampu pergi ke mana-mana. Samada di dalam negara atau di luar negara. Ada yang berkereta, menaiki bas atau kapalterbang

Hari ini juga ramai yang mendirikan solat fardhu dengan sempurna. Malah di tambah dengan solat-solat sunat.

Hari ini juga ramai yang telah mandi untuk menyucikan jasad masing-masing. Mereka mengunakan sabun atau syampu kegemaran masing-masing.

Itu berlaku hari ini. Dan telah berlaku sekian lama bagi kita semua.

Yang pasti akan tiba satu hari di mana kita hanya dibenarkan hanya memakai kain berwarna putih sahaja. Kita juga tak perlu solat dan tak boleh solat lagi walau pun kita hendak melakukannya. Sebaliknya kita yang di solatkan.

Kita juga tak boleh kemana-mana lagi kecuali di suatu perkampungan yang penduduknya tak pernah berkurang tetapi semakin bertambah. Biasanya kita di bawa dengan sebuah Van istimewa, yang jarang-jarang di gunakan. Walau pun kita beberapa buah kereta mewah.

Kita juga tak boleh memilih sabun atau syampu kegemaran kita, kerana orang yang memandikan kita sahaja yang boleh menentukannya. Biasanya dengan kapur barus sekali…

Bila ye?

Ya Allah Kau jadikanlah kubur kami nanti satu dari taman-taman syurga. janganlah Kau jadikannya satu dari lubang-lubang neraka…..amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: