Singkatnya…


Kalau umur kita sekarang 40 tahun, berapa lama lagi agaknya kita boleh hidup di dunia ini? Mungkinkah umur kita dapat mencecah 63 tahun seperit umur Rasulullah saw? Mungkin lebih sedikit atau mungkin kurang dari umur Nabi saw?

Katalah kita sempat mencecah 65 tahun, maknanya kita ada masa 25 tahun lagi untuk hidup di dunia ini. Lama sangatkah tempoh tersebut?

Cuba kita ingat balik, kita telah bersekolah di sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun, di universiti 6 atau 7 tahun, bekerja 13 tahun. Jumlahnya 30 atau 31 tahun. Lama sangatkah tempoh tersebut? Sekejap saja bukan?

Oleh itu, katalah dalam hujung usia kita sekarang kita bertaubat, menambahkan amalan sunat, tidak meninggalkan perkara-perkara wajib, tidak melakukan perkara yang di larang Allah swt, berjuang bersama-sama untuk memartabatkan dan meninggikan syariat Islam, untuk tempoh mungkin 10 atau 20 tahun sahaja kemudian kita mati, maka apa keadaan kita waktu itu?

InsyaAllah kita akan jadi orang yang beruntung kerana hasil dari kepatuhan kita kepada perintah Allah swt dalam masa yang pendek sahaja, kita akan dapat balasan syurga Allah yang kekal selama-lamanya. Kita juga juga terlepas dari siksa kubur, hisab yang panjang di padang masyhar dan selamat sewaktu melintas titian sirat.

Kalau Allah pendekkan lagi umur kita, katalah 2 atau 3 tahun lagi kita mati dalam ketaatan kepada perintah Allah, untunglah kita sebab tempoh ujian Allah ke atas kita di dunia ini semakin singkat. Balasanya tetap sama iaitu syurga yang tetap berkekalan.

Tak mahukah?

Ya Allah, hidupkan kami dengan iman, dan matikanlah kami dengan iman…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: