Wahai Kamu yang Menjadi Pemimpin Saya!


Malaysia gempar dengan penghalalan judi oleh kerajaan. Saya pula terluka dengan apa yang berlaku. Saya tidak mahu cakap banyak. Sekadar ingin menyentuh apa yang perlu. Saya berikan peringatan bahawa post ini bukan post politik. Ini hanya post seorang rakyat kepada pemimpinnya.

Oh ya. Untuk post ini, kalau sesiapa memberikan komen mengutuk-kutuk pemimpin saya, saya akan delete dengan tegasnya. Ketahuilah, teguran itu tidak sama dengan kutukan. Jangan rendahkan martabat anda.

Haram itu sepatutnya dibanteras 1

Alasan utama Kerajaan, adalah kerana kalau diharamkan pun, gejala judi tetap berleluasa dan tidak dapat dibanteras.

Wahai pemimpin saya, saya sebenarnya kecewa dengan alasan sebegini rupa.

Kalau tidak dapat dibanteras pun, apakah kita patut menghalalkan yang haram? Banyak lagi perkara yang haram tidak dapat kita banteras. Gejala zina contohnya, pelacuran, minum arak, mencuri, berbohong, dari sebesar-besar perkara haram sampailah ke sekecil-kecilnya. Maka apakah itu bermakna semuanya boleh dihalalkan?

Saya tak dapat bayangkan kalau nanti akan timbul pula dari kes ini, perkara seperti:

“Rumah pelacuran sukar dibanteras walau diharamkan kerajaan. Jadi baik kiranya kita berikan lesen, dan wangnya boleh kita gunakan untuk peningkatan kemajuan hal ehwal masyarakat.”

???

Mungkin wahai peimpin saya, orang akan kata saya tidak relevan hari ini. Benda itu, mustahil berlaku hari ini.

Ya. Siapa yang menyangka 10 tahun lepas, pemimpin saya akan halalkan judi? Saya pun tidak menjangka.

Dan siapa dapat menjamin bahawa 10 tahun akan datang, tiada lagi perkara-perkara haram yang akan dihalalkan oleh pemimpin saya?

Sepatutnya wahai pemimpin saya, yang perlu dilakukan adalah meningkatkan usaha membanteras. Bukan tunduk membenarkan.

Pemimpin saya, bagaimana?

Haram itu sepatutnya dibanteras 2

Saya tidak nampak penghalalalan kepada sesuatu yang haram itu memberikan manfaat kepada rakyat. Saya juga tidak melihat ianya menyelesaikan masalah. Bahkan, ianya membawa kepada kehancuran.

Masalah di sini, bukan masalah dapat duit atau tidak. Ini masalah moral, masalah dunia dan akhirat. Bayangkan, pemimpin saya menghalalkan satu perkara yang merupakan salah satu dari hal paling tidak bermoral di dunia ini – JUDI. Bagaimana agaknya masyarakat saya selepas ini? Moral masyarakat yang ingin hidup dalam suasana harmoni telah tercalar. Lepas ini, sesiapa yang memperjuangkan kebaikan akan kelihatan seperti orang bodoh. Akhirnya, siapa yang bersemangat untuk brtahan? Ini masalah di dunia.

Itu belum lagi kita kira orang yang berjudi lalu kalah. Bagaimana kehidupannya? Kalau ia sudah menjadi halal, maka orang tidak takut lagi melakukannya. Mereka tidak akan teragak-agak melabur itu dan ini. Bagaimana keluarga mereka?

Ini satu keruntuhan.

Di akhirat pula, mereka yang memakan harta haram ini akan dibakar di neraka. Maka di mana kebaikannya? Pemimpin saya umumkan pula bahawa wang dari lesen judi yang diberikan mereka ini, akan digunakan untuk pembangunan sukan. Bagaimana agaknya sukan kita bergerak atas duit haram yang diredhai? Ia sekaligus menjadikan keuntungan dari Judi itu sesuatu yang tidak bermakna, bahkan merbahaya buat kami semua.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap daging yang tumbuh dari perkara yang haram, maka nerakalah yang paling berhak ke atasnya” Hadith.

Ya Allah. Pemimpin saya, tunjukkan di mana kebaikannya atas apa yang kamu lakukan ini?

Orang bukan Islam boleh berjudi?

Ada orang akan kata dalam hal ini bahawa, orang bukan Islam boleh berjudi. Kenapa sebab orang Islam sahaja, maka kerajaan kena haramkan judi?

Mungkin saya kira, orang bukan Islam tak kisah fasal syurga neraka macam orang Islam percaya. Itu saya faham bagi pihak mereka. Tetapi saya kira, orang bukan Islam juga adalah manusia yang ingin hidup dalam suasana harmoni dan bahagia, mereka juga saya kira akan mementingkan moral.

Jadi di mana keharmonian di dalam judi? Mana moral di dalam judi? Bagi yang menang, mungkin dia tak rasa judi ini merosakkan. Tetapi suka saya ingin bertanya kepada semua, berapa ramai yang menang di dalam judi? Dan berapa kekerapan kemenangan setiap kali berjudi?

Pernahkah sesiapa fikir, apa yang berlaku kepada orang yang kalah berjudi? Berapa ramai yang kalah berjudi? Pernahkah juga sesiapa terfikir, bagaimana kalau seseorang itu tidak dapat mengawal dirinya, lantas dia gadaikan semua hartanya untuk berjudi?

Bagaimana? Saya rasa, orang bukan Islam pun tak mahu keluarga dia rosak sebab judi.

Saya faham orang bukan Islam juga. Sebab saya tahu mereka manusia.

Dan tiadalah yang haram di dala Islam itu, melainkan ianya memberikan keburukan kepada manusia seluruhnya. Bukan berikan keburukan kepada orang Islam sahaja.

Bagaimana wahai pemimpin saya?

Saya sepatutnya mengadu kepada pemimpin saya

Saya sebagai rakyat, yang diperlu taat kepada pemimpin yang dipilih, maka kalau ada berlaku perlanggaran hak-hak dan peraturan Allah SWT oleh rakyat, maka saya patut mengadu kepada peimpin saya. Supaya pemimpin saya membela agama Allah dan peraturan-Nya.

Tetapi hari ini, pemimpin saya sendiri menghalalkan apa yang Allah haramkan.

Maka saya mengingatkan pemimpin saya dengan satu kata-kata:

“Wahai pemimpinku, sekiranya orang lain berbuat kemungkaran, maka aku mengadukan halnya kepada kamu agar kamu tangani. Tetapi, sekiranya kamu wahai pemimpiku yang berbuat kemungkaran, maka aku akan mengadukan halmu kepada Allah agar Dia menanganimu”

Itu bicara saya wahai pemimpin saya.

Penutup: Bukan saya nak suruh tukar kerajaan.

Teguran ini, bukan tanda saya hendak minta ditukar kerajaan yang sedia ada. Juga bukan bermakna saya menyokong mana-mana parti pembangkang yang ada. Saya adalah saya, dan ini mewakili masyarakat saya sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan saya. Dan teguran ini untuk pemimpin saya beringat akan peranannya yang sebenar.

Pada saya, pemimpin saya sepatutnya memimpin saya ke syurga, menjadi contoh kepada saya untuk menjadi hamba yang Allah redha.

Masalah yang saya hendak utarakan dalam post ini bukan siapa kerajaan. Masalah yang saya utarakan di sini adalah apa yang kerajaan buat. Kalau sheikh ulama’ yang memimpin pun, kalau dia halalkan judi atau halalkan apa-apa sahaja yang haram, saya tetap akan cakap perkara yang serupa.

Pemimpin saya, ini teguran kasih sayang. Sebab saya tahu pemimpin saya akan bertanggungjawab ke atas saya, keluarga saya, masyarakat saya, di akhirat sana.

Maka di sini saya memberikan teguran. Didengari atau tidak, itu tidak saya peduli. Tetapi kesimpulannya, hak saya atas pemimpin saya telah saya tunaikan. Iaitu hak untuk menegur.

Dengan ini saya berlepas tangan atas apa yang dilakukan oleh pemimpin saya. Kalau pemimpin saya berkeras meneruskannya, maka itu urusan pemimpin saya dengan Allah.

Ya Allah, saksikanlah.

sumber: ms.langitilahi.com

3 responses to this post.

  1. Posted by Julia Ta'ibah on Jun 15, 2010 at 9:23 am

    Assalamualaikum…. Saya sgt suka membaca blog tetapi sy bukanlah seorang blogger (silent reader). Pada pandangan sy, saya sgt bersetuju dengan pandangan tuan. Sy seorang yg tidak suka berpolitik namun saya terpanggil untuk berbicara serba sedikit. Sy sgt bersyukur kerana dpt tinggal di dalam negara yg boleh dikatakan sebuah negara yg aman dan makmur, mempunyai banyak kemudahan. Walaupun ada yg tercicir dalam pengunaan kemudahan itu. Mungkin rezeki manusia lain2. apa yg kita harapkan tak semestinya dapat. Tetapi saya amat bersetuju dengan pandangan tuan terhadap isu ini. JUDI walaupun kita cuba menghalalkannya, tetapi ia tetap HARAM menurut hukum ALLAH, saya pun tertanya2 mengapa kita pula menghalalkan bagi pihak orang bukan islam? sedangkan kita sepatutnya membenteras JUDI untuk kepentingan semua. Sebagai contoh negara Brunei yang takut laknat dari ALLAH. Mengapa kita negara Malaysia tidak takut pada laknat ALLAH? Kepada pemimpin2 Malaysia, Jangan tutupkan mata dan pekakkan telinga mengenai isu ini. Sepatutnya kita sama2 membenteras amalan judi ini… Amin….

    Balas

  2. Posted by eja on Ogos 7, 2010 at 12:10 pm

    Harap lebih ramai ustaz n ustazah,para ilmuan agama yang turut bergerak aktif…susahnya bila kita masih dipimpin oleh pemimpin buta agama..asal Islam namun berada dalam kesesatan hingga tergamak menyesatkan masyarakat yg dipimpin.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: