Membacalah…


Menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap Muslim. Tak kira lelaki atau perempuan. Ayat Quran yang pertama di turunkan pun berkenaan dengan membaca. Iqra’.

Suruhan membaca bermakna supaya kita mendapat ilmu. Suruhan membaca bermakna memyuruh kita belajar. Suruhan membaca juga bermakna supaya kita jangan jadi orang jahil atau bodoh.

Tapi zaman ini ramai orang lebih suka bersembang kosong dari membaca. Walaupun sekarang ini banyak buku-buku yang berkualiti tinggi diterbitkan, tak ramai yang berminat memiliki dan membelinya. Ramai yang membaca, sekadar membaca majalah-majalah hiburan yang kebanyakkan merangsang nafsu.

Ada yang merangsang nafsu syahwat, nafsu berbelanja, nafsu untuk nampak lebih seksi walaupun dah seksi, nafsu untuk menghias rumah kediaman, nafsu untuk menambah aksesoari kereta, nafsu untuk melayan kehendak perut dan ‘bawah perut, dan sebagainya.

Tak ramai membaca untuk meningkatkan ilmu agama dan Iman. Tak ramai yang membaca untuk lebih memotivasikan diri untuk memperbaiki dan menambah amal ibadat kepada Allah SWT.

Jom, kita tambahkan bahan bacaan yang ‘ membina iman’ kita pada Allah. Tak rugi kita keluar sedikit duit supaya taidak terus jahil di bumi Allah ini….

Percayalah, makin kita banyak membaca, makin kita sedar bahawa kita ini jahil sangat, walau dah ada ijazah, master atau PhD.

Ya Allah, kurniakan kami Ilmu yan bermanafaat….amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: