Dah habis usaha dah…


Bila kita melakukan sesuatu tugas, ada masanya dapat disiapkan mengikut perancangan dan ada juga memerlukan masa dan usaha yang luar dari biasa untuk menyiapkannya. Itu tanda kita ini hamba. Hamba Allah.

Segala usaha kita tak bergantung kepada usaha kita semata-mata. Kiranya usaha kita selari dengan kehendak Allah maka mudah bagi kita melakukannya. Tetapi jika sebaliknya, apa yang berlaku itulah yang berlaku.

Begitu juga bila kita menyeru orang lain, samada isteri, anak, pelajar, jiran, rakan dan sesesiapa pun kearah kebaikan, pasti ada yang mudah menerima dan ada yang sukar menerimanya. Malah ada yang menolaknya.

Mungkin waktu kita ‘di tolak’ akan datang rasa kecewa, marah dan hampir kita berputusasa. Sehingga kadang-kadang terungkap kata “dah habis usaha dah aku, tak boleh juga”.

Benarkah begitu?

Cuba kita ingat balik disamping usaha yang telah kita buat, berapa banyak ‘doa’ kita untuk mereka? Di mana tawakkal kita pada Allah? Ikhlaskah kita sewaktu menyeru mereka semata-mata kerana Allah?

Kita sendiri bagaimana? Berapa banyak usaha kita untuk memperbaiki diri kita? Apakah kita hari ini , masih seperti dulu, atau makin teruk, atau ada peningkatan?

Bagaimana iman dan amalan kita?

Ya Allah, lindugi kami dari sifat berputusasa…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: