Masihkah kau ingat?


Ramai daripada kita mungkin masih ingat lagi betapa meriahnya majlis perkahwinan kita dulu. Bukan sikit belanja yang dikeluarkan oleh kita ( atau ibubapa) untuk menjayakan majlis tersebut.

Banyak bayangan yang indah-indah yang kita impikan dalam perkahwinan kita tersebut. Kita impikan suami atau isteri yang soleh, anak-anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia dan sebagainya.

Kita pun berazam untuk menjadi suami atau isteri yang baik, hendak mendidik anak-anak sesempurna yang boleh, dan menjadikan keluarga kita keluarga yang di redhai Allah SWT.

Realitinya sekarang, apakah kita masih dalam perjalanan menggapai apa yang kita impikan dahulu, semasa mula-mula kahwin? Atau kita telah tersasar?

Apakah kita telah menunjukkan contoh yang baik kepada isteri/suami dan anak-anak kita?

Apakah kita telah berusaha bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan kita?

Bagaimana solat subuh kita? Bacaan Al-quran kita? Kekemasan rumah kita?

Anak-anak kita semakin besar dan semakin memerhatikan kita. Kitalah contoh terbaik dan terdekat bagi mereka. Kiranya subuh pun kita sendiri liat nak bangun, ke masjid pun jarang pergi, Al-Quran pun jarang dibuka, bagaimana mereka ingin menjadi lebih baik dari kita?

Moga-moga Allah ingatkan balik impian kita bila kita ingin berumahtangga dahulu, supaya kita dapat muhasabah samada kita dalam jalan yang sepatutnya atau telah tersasar.

Ya Allah kurniakanlah kami isteri dan zuriat keturunan yang bertaqwa kepada Mu…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: