Neraca


Setiap hari kita perlu membuat keputusan atau pilihan. Apa neraca yang kita gunakan untuk membuat pilihan tersebut?

Apakah kita menggunakan neraca akal sahaja?. Atau kita hanya menggunakan neraca nafsu sahaja? Kalau nafsu kita rasa seronok kita buat. Kalau nafsu kata tak seronok kita tinggalkan.

Contohnya, bila kita nak ke masjid solat lima waktu, adakah kita akan pergi disebabkan kita rasa itu tanggungjawab kita sebagai Muslim atau kita pergi sebab nafsu kata pergilah sebab hari ini kita pun bukan ada apa nak buat di rumah. Dah lama tak pergi, eloklah pergi.

Maka apabila kita pergi juga waktu itu adakah kita rasa niat kita pergi itu ikhlas kerana Allah swt atau tidak?

Begitu juga dengan perkara-perkara lain.

Sekiranya kita tidak memandang sesuatu perkara dengan neraca Allah SWT, maka kita tidak akan mempunyai pegangan yang kukuh, prinsip yang utuh dalam meneruskan sesuatu yang kita lakukan.

Ia akan bergerak ibarat lalang yang ditiup angin. Ditiup ke kanan, dia menghala ke kanan. Ditiup ke kiri, dia akan menghala ke kiri.

Ringkasnya kita tak mungkin dapat istiqamah melakukan sesuatu perkara kiranya neraca yang kita gunakan bukan neraca Allah SWT.

Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang sentiasa istiqamah dengan setiap amalan baik yang kami lakukan…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: