Khutbah:Melawan Yahudi Di Dalam Diri


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian

Dunia dikejutkan dengan peristiwa serangan Israel ke atas konvoi sukarelewan yang ingin menghantar bantuan makanan dan perubatan ke Gaza palestin pada

31 mei yang lepas. Konvoi yang terdiri dari beberapa buah kapal tersebut tidak pun membawa peralatan perang kerana tujuannya bukan untuk berperang. Malangnya mereka di serang sehingga menyebabkan beberapa kematian.

Walaupun begitu kita kena ingat bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita tentang perangai orang yahudi ini di dalam firmannya :

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Surah Al-Baqarah ayat 120

Sidang jumaat…..

Apabila konvoi yang dinamakan Lifeline4Gaza bergerak ke Palestin, kita melihat suatu realiti. Wujudnya manusia-manusia yang sedia berjuang dari beberapa negara umat Islam tetapi, akhirnya tersekat di tengah perjalanan ditahan oleh rejim Israel. Lebih memburukkan, mereka diserang dan ada yang terbunuh. Israel dengan berani menuduh pula bahawa orang di atas kapal yang menyerang terlebih dahulu.

Konvoi yang sekadar membawa bantuan kemanusiaan, dilayan lebih teruk dari binatang.

Itulah dia hakikat perjuangan yang sebenar. Punya risiko. Perjuangan bukanlah satu jalan ‘pasti selamat’ yang kita lalui. Tetapi pejuangan adalah satu jalan yang menuntut pengorbanan.

Sidang jumaat…

Mari kita memandang semula kehidupan kita.

Apa yang telah kita korbankan?

Kadangkala, masa lapang pun sukar untuk kita berikan. Harta pun lokek kita kongsikan. Ilmu pun sukar untuk sebarkan. Apatah lagi mengorbankan nyawa dengan mengambil risiko berjuang di atas jalan Allah.

Sungguh, kita hanya ada di pinggiran.

Walaupun kita amat sakit hati dengan tindakan Israel, sikap mereka, dan tindakan konco-konco mereka, tetapi kita tetap memandang bahawa apa yang terjadi hari ini adalah kerana kebodohan ummat Islam itu sendiri sebelum ini.

Kita lihat kehidupan kita. Kita lihat bagaimana keadaan negara-negara yang mencanangkan dirinya negara Islam. Kemudian kita lihat keadaan rakyat-rakyat di dalam negara-negara umat Islam itu pula. Termasuk di negara kita, di negeri kita, di kampung kita. Bagaimana keadaannya?

Dan kita akan melihat betapa sebelum ini, kita asyik bergaduhan, berpecah belah, larut dalam kemaksiatan, lemas dalam kemungkaran, jauh daripada Allah SWT, tidak mengambil tatacara hidupNya, tidak membumikan ajaran RasulNya, dan melakukan 1001 macam kerosakan baik kepada diri, keluarga, rakan, mahupun negara.

Ummat Islam yang tidak faham Islam, menghina-hina Islam. Ummat Islam yang faham Islam pula, malas beramal dengannya apatah lagi menyebarkannya. Yang menyebarkannya pula bergaduhan tentang kaedah dan priorotinya. Yang bergaduhan, berakhir dengan benci membenci sesama mereka.

Kalau kita semua semenjak dahulu lagi tidak memakai pakaian kemegahan dunia, dan telah menyarung pada diri kita dengan keuntungan akhirat, nescaya tiada kebaculan pada diri kita. Pemimpin-pemimpin kita yang memimpin kita, sememangnya mampu membuatkan perkara ini terjadi.

Sidang jumaat…..

Bila kita lihat kapal bantuan kemanusiaan terapung di atas laut tanpa diiringi tentera yang boleh menjaga keselamatan, Itu sahaja sudah menunjukkan betapa negara-negara Islam tidak sensitif dengan semangat rakyatnya sendiri.

Dan lihatlah pula kita. Berapa ramai antara kita yang peka dan sensitif? Berapa ramai antara kita yang mengambil Islam sebagai cara hidup? Berapa ramai pula antara kita yang faham akan tuntutan diri sebagai hamba Allah? Berapa ramai pula yang menyebarkannya? Berapa ramai yang senang bersatu berbanding bergaduh?

Berapa ramai dan berapa ramai?

Sudah nyata, apa yang berlaku hari ini, itu adalah disebabkan kebodohan kita sejak dahulu.

Dan Allah menunjukkan pembayarannya kepada kita hari ini.

Kita lemah dan tidak berdaya.

Hanya mampu menjerit sahaja.

Selamat berkenalan dengan Israel Zionis. Itulah yang mampu kita sebutkan apabila peristiwa kejam 31 Mei 2010 berlaku. Ya, itulah dia Israel Zionis. Kita tak faham jika masih ada lagi yang hendak memberikan justifikasi kepada musuh-musuh Allah itu.

Sungguh, sikap mereka telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran semenjak dahulu lagi.

Kita mungkin sebelum ini menyangka bahawa Israel hanya bermusuh dengan manusia di Palestina. Tetapi itulah kesilapan kita. Hakikatnya Israel bermusuh dengan sesiapa sahaja yang berusaha melakukan kebaikan. Sebab itu mereka tidak teragak-agak membunuh mereka yang ada di atas kapal bantuan kemanusiaan tersebut. Mereka juga tidak teragak-agak membuat tuduhan palsu.

Allah ingin menyatakan kepada kita, itulah dia Israel. Bukannya Israel tidak tahu bahawa kapal itu sedang diperhatikan perjalanannya oleh seluruh dunia. Tetapi mereka tetap berani melakukan sedemikian teruknya. Maka, pastinya lebih teruk lagi telah mereka kerjakan Palestin yang terputus dari dunia dikelilingi tembok kematian.

Itulah dia musuh kita.

Dan itulah dia yang menguasai dunia. Bersama kuncu-kuncu mereka. Itulah dia yang kita sokong selama ini secara tidak langsung dengan cara menggunakan hiburan yang melampau, menggunakan dosa-dosa, menggunakan maksiat kepada Allah SWT. Itulah dia yang kita sokong selama ini dengan cara hidup dengan budaya hidup mereka serta berfesyen pakaian meneggunakan fesyen rekaan mereka.

Secara tidak langsung, kita menjadi askar-askar senyap mereka yang membuatkan merkea kuat hingga ke hari ini. Secara tidak langsung juga kita menyumbang kepada kekuatan ekonomi mereka yang digunakan untuk membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

Sungguh hairan ada orang yang masih redha dengan kehidupannya yang bernaung bawah kekuasaan manusia yang ingkar dengan Allah SWT jika dia menyedari hal ini. Sungguh hairan ada orang yamg masih bekerjasama dengan Syarikat-syarikat dari rejim Israel yang tidak pernah pun berlembut dengan umat Islam. Sungguh hairan masih ada orang yang mengupah Yahudi sebagai penasihat untuk mengembalikan imej mereka di hati rakyat.

Sidang jumaat….

Kita akan dapat melihat betapa jeritan, laungan, seruan di dalam televisyen, internet, Facebook atau di mana-mana sahaja berkenaan peristiwa ini akan senyap tidak berapa masa lagi. Forward-memforward gambar akan berhenti. Post-post berkenaan Palestin akan surut kembali tidak lama lagi.

Apabila tawanan perang dibebaskan, dunia akan senyap kembali. Alangkan pembunuhan besar-besaran seperti Shabra dan Shatilla yang menggemparkan dunia pun akhirnya senyap begitu sahaja. Apatah lagi 20 orang yang mati di atas kapal yang cuba merentas Gaza tanpa kebenaran Israel?

Ya, itu realitinya. Jiwa ummat sudah di bius. Semangat hanya hangat-hangat tahi ayam. Kita, pada satu tahap rasa telah menang. Menang sorak sahaja hakikatnya. Kita rasa puas dengan membakar bendera Israel. Mendelete lambang-lambangnya di dalam komputer. Menyelar-nyelarnya di dalam internet. Mendoa laknat dan kehancuran untuk mereka.

Tetapi kita lupa, kemenangan memerlukan lebih daripada itu.

Kemenangan perlukan jiwa yang memahami matlamat yang jelas. Kemenangan memerlukan kesatuan yang utuh. Kemenangan perlukan pengorbanan. Kemenangan perlukan perancangan yang bersistematik. Kemenangan bukannya datang sepantas esok apabila kita berusaha hari ini. Kemenangan bukannya datang dengan jeritan-jeritan kita.

Jerit, laung, doa, yang kini hangat di alam maya, itu semua hanyalah pembakar semangat.

Api, tetap akan padam jika tiada bahan bakarnya yang konsisten.

Persoalan utama, apakah kita telah memenuhi ciri-ciri untuk diberikan kemenangan?

Jangan fikir jeritan kita, laungan kita, semuanya itu bermakna untuk kemenangan seandainya kita sendiri dalam bentuk jasad dan kehidupan tidak bergerak menewaskan Israel yang berada di dalam jiwa kita, di dalam tatacara kehidupan kita, di dalam budaya hidup kita.

Israel hanya akan tewas, bila ummah berada dalam kondisinya yang baik.

Maka siapa yang menggerakkan dirinya, memperbaiki dirinya, dan mengajak masyarakat sekeliling agar kembali kepada Allah SWT? Siapa yang menggerakkan dirinya, agar ikhlas bersatu dengan sahabat-sahabat muslimnya yang lain? Siapakah yang mendidik dirinya agar kehidupannya bergerak atas lembayung Allah SWT?

Siapakah yang berusaha untuk memimpin ummah menuju jalan kemenangan ini?

Sidang jumaat…

Akhirnya, marilah kita mengambil pengajaran yang mendalam akan hal 31 Mei 2010. Memang Israel kejam. Tetapi jika difikirkan semula, itulah dia tugasan dan kerja musuh-musuh Allah. Bukankah kita yang lebih kejam daripada Israel sekiranya kita hidup bukan dengan kehidupan Islam yang akhirnya membawa kepada kelemahan ummah dan menyebabkan peristiwa seperti ini berlaku?

Ayoh kita memandang kembali zaman-zaman kemenangan Islam. Zaman Saidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi. Mari kita soal diri kita, apa yang dua zaman itu ada, dan apa yang kita tiada?

Zaman itu ada masyarakat yang hidup betul-betul dengan kehidupan Islam, duduk betul-betul di bawah lembayung redha Allah SWT, bersatu, bersih akhlak dan ibadah, pemimpin yang adil yang takutkan Allah, rakyat yang faham dan semuanya tetap menjungjung agama Allah SWT dalam apa jua keadaan.

Pada zaman itu ada semua perkara tersebut.

Zaman kita ini apa yang ada?

Adakah lagi masyarakat yang hidup betul-betul dengan kehidupan Islam? Adakah lagi masyarakat yang duduk betul-betul di bawah lembayung redha Allah SWT? Adakah lagi pemimpin yang adil yang takutkan Allah, Adakah lagi rakyat yang faham agama dan tetap menjunjung agama Allah SWT dalam apa jua keadaan.

Maka , jika kita hendakkan kemenangan, mahu atau tidak, itu semua perlu kita dapatkan kembali.

Dahulu, negara-negara arab pernah menggerakkan Perang Enam Hari. Mesir, Jordan dan Syria bergabung untuk menewaskan Israel yang sekangkang kera. Tetapi akhirnya, ketiga-tiga negara itu tewas dan akhirnya Israel menjadi tuan mutlak ke atas Palestina.

Kenapa mereka tidak menang?

Jawapannya,, mereka tidak memenuhi ciri-ciri kemenangan.

Tidakkah kita mengambil pengajaran?

Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan kita. Tetapi kitalah yang meninggalkan Allah SWT dan melupakan Allah SWT.

Sidang jumaat…..

Apakah kita mampu lagi untuk berdiam diri, atau kita akan mula melakukan sesuatu. Inilah dia garisan antara kita. Yang membezakan orang-orang yang benar keimanannya atau yang palsu semata.

Mungkin ada yang bertanya apa yang kita boleh lakukan?

Macam-macam sebenarnya. Kita boleh solat hajat dan banyakkan berdoa. Kita boleh mula dengan ubah diri kita, anak-anak kita dan keluarga kita. Kita boleh ajak orang lain kembali kepada Allah. Ajak orang lain sama-sama bertaubat dan berhenti melakukan dosa. Bertaubat dari menganjur dan menyokong program-program mungkar. Ajak orang lain bersama-sama memperjuangkan Islam yang sebenarnya.

Ingatlah masalah Palestina bukan masalah kenegaraan. Masalah Palestina adalah masalah ummah. Perhatikan sejarah. Palestina hanya mampu aman apabila ummah berada dalam kondisinya yang terbaik iaitu pada Zaman Saidina Umar dan zaman Salahuddin Al-Ayubi. Kajilah ummahnya bagaimana.

Sesungguhnya Palestin hanya akan dapat di bebaskan semula pabila ummah seluruhnya kembali menghayati ajaranIslam dan berjuang menegakan hukum Allah diatas bumi ini.

Firman Allah SWT:

7_179

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”[al-A’raaf 7: 179]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: