Baik sangka


Kita sepatutnya berbaik sangka dengan semua orang. Kalau boleh jangan ada buruk sangka terhadap sesiapapun. Bukan terhadap orang Islam sahaja, tetapi juga kepada orang bukan Islam yang tidak memusuhi dan memerangi kita secara terang-terangan.

Jika ini kita mampu lakukan sebenarnya ia akan menghasilkan impak yang besar pada perkembangan Islam.

Bila kita berkenalan dengan orang tidak beriman, jangan hina dia kerana dia tidak beriman. Yang sepatutnya kita beri pada dia bukannya kenyataan dia itu ahli neraka sebab dia tidak beriman. Tetapi sepatutnya kita usahakan bagaimana hendak menjadikan dia orang beriman. Di sini memerlukan seni menawan hati, bina hubungan dengan dia, fahami dia, cuba menawan hati dia dengan nilai-nilai Islam yang ada pada kita. Tunjukkan pada dia, keindahan Islam.

Kalau dia tidak mampu menerima Islam seperti Khalid Al-Walid yang tertawan dengan akhlak Rasulullah SAW, dia akan menjadi Abu Talib yang menyokong perjuangan Islam sepenuh hati.

Janganlah sebab kelemahan kita, mereka menjadi seperti Abu Jahal yang memerangi Islam walau pun dia tahu kebenaran Islam.

Ya Allah, berilah hidyah kepada mereka yang berbuat baik kepada kami…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: