Sihat ke?


Bila kita bertemu sahabat atau saudara kita yang lama tak bersua, soalan yang biasa tidak kita lupa untuk bertanya ialah ‘apa khabar, sihat ke?. Kenapa ? Kadang-kadang walau pun kita tahu dia memang sihat soalan itu tetap kita tanyakan.

Itu tandanya manusia ini memang mementingkan kesihatan dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Dalam sebauah hadis Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu.” Riwayat Bukhari.

Nikmat sihat yang kita ada sekarang ini adalah salah satu nikmat yang utama yang dikurniakan pada kita. Malangnya kita sentiasa melupakannya kecuali bila kita telah mula di timpa penyakit.

Sewaktu kita sihat kita selalu menginginkan nikmat-nikmat lain sehingga kita sanggup mengabaikan kesihatan diri dan keluarga kita.

Lihatlah, ramai orang yang sanggup bekerja siang malam untuk hidup mewah walaupun terpaksa mengabaikan kesihatan mereka. Lihatlah ramai yang sanggup berjaga malam hanya sekadar untuk mendapat sedikit nikmat menonton perlawanan bolasepak yang sebenarnya tidak ada kena mengena pun dengan diri mereka.

Manusia, bila dia lupa bahawa nikmat sihat itu dari Allah, maka dia akan sering mengabaikan Allah dalam hidup mereka. Mereka juga tidak segan-segan untuk menggunakan nikmat sihat tersebut pada perkara yang tidak memberi faedahkepada diri mereka, malah sanggup pula melakukan dosa dan kemungkaran.

Biasanya mereka hanya teringat untuk menambah ibadat seperti solat berjemaah dimasjid bila telah ditimpa penyakit yang menyebabkan mereka sukar untuk melakukannya. Waktu itu mula datang keinsafan dan penyesalan.

Ya Allah anugerahkan kami dengan kesihatan tubuh badan sehingga akhir hayat kami agar dapat kami gunakan untuk beribadat kepada Mu …amin

2 responses to this post.

  1. Posted by sue_norsuhainy on Julai 8, 2010 at 2:44 pm

    Susahnya nk dapatkan khusyuk dalam solat..kejap ada kejap tiada..gangguan syaitan ke atau otak terlalu bnyk berfikir??

    Balas

    • Dua-dua ada kemungkinan. Kita cubalah sebaik mungkin mengatasinya setiapa kali kita menghadap Allah. Tanamkan dlam diri kita bahawa solat itu “hubungan mesra” kita dengan Allah. Solatlah dengan tenang, jangan baca bacaan-bacaan dalam solat sebelum kita “diam” dan “bertenang seketika” dalam setiap pergerakkan kita.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: