Bila lagi?


Sekiranya ada rakan-rakan kita yang lewat mendapat jodohnya atau lewat dikurniakan zuriat, pasti ada saudara mereka atau rakan mereka yang bertanya ‘bila lagi?’. Seolah-olah jodoh dan zuriat itu di tentukan manusia sendiri.

Memang, kita patut berusaha mencari jodoh sendiri. Perlu ada usaha. Tidak boleh sekadar menunggu, baik lelaki atau perempuan. Bagi seorang bapa pula mencarikan jodoh yang baik untuk anak perempuan nya adalah satu tanggungjawab yang tak elok di lewatkan. Itu dianrtara pesan Rasulullah SAW.

Cuma, bila soalan “bila lagi?” itu kadang-kadang tidak perlu kita tanyakan kepada mereka yang belum ada jodoh lagi atau belum dikurniakan zuriat. Lumrahnya, semia orang kalau boleh ingin cepat berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Mungkin ada sebilangan kecil yang buat tak kisah saja.

Sekiranya kita ingin “membantu” dan bukan untuk menyindir saja tak mengapalah. Dikhuatiri pertanyaan kita hanya mengecilkan hati orang yang yang ditanya.

Ingatlah apa pun usaha kita, hasilnya Allah SWT yang tentukan. Kita ditanya tentang usaha kita saja bukan hasil yang diperolehi.

Ya Allah jauhkan kami dari menyakiti hati hamba-hamba Mu yang beriman…amin

One response to this post.

  1. Posted by aswandi bin ahmad on Julai 7, 2010 at 11:52 am

    untuk renungan kita bersama….supaya kita lebih memahami kenapa kita dihidupkan di dunia sebagai khalifah..dan meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah S.W.T..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: