Lapang waktu


Musim cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi. Bagi guru-guru dan para pelajar waktu cuti begini terasa sedikit ada kelapangan waktu. Bukan bermakna bila tidak cuti kita sibuk memanjang. Cuma bila cuti sebegini, kita dapatlah melakukan perkara-perkara yang tak sempat dilakukan sebelum ini.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu.” Riwayat Bukhari.

Kelapangan waktu yang ada apakah kita telah sia-siakan atau tidak ? Mari kita muhasabah bersama.

Kalau hari-hari biasa kita tak sempat nak menambah ilmu dengan membaca atau pergi ke majlis pengajian, adakah bila cuti kita mengambil kesempatan melekukanya?

Kalau hari-hari biasa kita tak sempat nak ke masjid walau sekali sehari, apakah kita mengambil kesempatan ini untuk pergi sekurang-kurangnya sekali sehari?

Kalau hari-hari biasa kita tak sempat untuk tolong ibubapa atau isteri di rumah, apakah kita melakukannya apabila ada kelapangan bila cuti begini?

Hadith Rasulullah SAW itu memang benar. Ramai manusia bila lapang mereka akan menyia-nyikannya. Tapi bila sibuk sedikit mereka beri alasan yang mereka sibuk. Agak-agaknya Allah terima ke alasan kita?

Ya Allah jadikanlah kami hamba Mu yang ikhlas beribadah hanya kerana MU…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: