Nasib baik bukan aku


Kita sering mendengar berita kematian. Accident, sakit jantung, barah, sakit tua dan sebagainya. Itulah diantara sebab-sebab kematian yang biasa kita dengar. Biasanya mati disebabkan kemalangan jalanraya adalah yang paling mengejutkan.

Walaupun semua kita selalu berada di jalanraya dan tidak dapat mengelakkan dari menggunanakannya, tetapi ramai dari kita yang kurang mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa ‘ngeri’ di jalanraya.

Lihatlah, bagaimana orang kita memandu. Lihatlah, apa yang “di dengar” oleh pemandu dan penumpang kenderaan di jalanraya. Tak ramai yang memasang cd ‘ayat-ayat Al-quran” atau ‘ceramah agama” sebagai teman semasa memandu.

Berapa ramai yang sedar bahawa kematian boleh berlaku bila-bila masa saja bila kita di jalanraya. Mungkin bukan sebab kesilapan oleh kita yang memandu dengan tertib, tetapi oleh kesilapan orang lain.

Cuba kita ingat balik, bila lihat sesuatu kematian atau kita ziarah orang mati. Apa yang selalu kita fikir masa itu?. Kesihan dia, kesihan anak-anaknya, kesihan isterinya. Itulah diantara yang terlintas difikiran kita waktu itu.

Jarang kita terfikir, kalaulah mayat itu adalah aku. Kalaulah yang sedang di usung ke tanah perkuburan itu adalah aku, kalaulah yang sedang di masukkan ke liang lahad itu adalah aku bagaimana?

Telah ku bawa bekalankah untuk berjumpa Allah? Sudah ku tulis wasiatkah kepada isteriku tentang hutang-hutangku? Sudahkah aku meminta ampun segala dosaku kepada ibu bapa ku? Dan…

Ya, Allah ampunkan segala dosa-dosaku…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: