Bimbang


Pernah satu ketika sewaktu memandu di lebuhraya, selepas melintasi hentian rehat, saya baru perasan meter minyak telah menyala lampu merahnya. Papan tanda menunjukkan bahawa hentian rehat seterusnya 55 km di hadapan.

Apa perasaan saya waktu itu? Bimbang. Tapi berdoa dengan penuh harapan sempat sampai ke stesyen minyak seterusnya. Di samping itu saya mula memperlahankan kenderaan dengan haran bekalan bahan api mencukupi untuk tiba di stesyen minyak tersebut.

Perasaan ‘bimbang’ tersebut yang ingin saya kongsikan disini. Kita biasanya akan berasa bimbang jika bekalan makanan atau wang kita tak cukup. Kalau gaji kita lewat lagi sedangkan wang kita pada tahap minima waktu itu, mula rasa bimbang tak cukup belanja pada akhir bulan tersebut.

Kalau kita buat jamuan atau kenduri, tiba-tiba tetamu yang hadir diluar jangkaan sedangkan makanan kita waktu itu telah berkurangan, kita mula bimbang kiranya adanya tetamu yang tak dapat makan.

Begitulah kita. Ada kebimbangan dalam perkara-perkara di dunia ini. Cuma, jarang sangat kita bimbang tentang bekalan kita untuk bertemu Allah SWT. Kita selalunya sentiasa rasa selesa dan selamat dengan ibadat wajib yang kita buat. Jarang untuk kita menambah yang sunat-sunat sebab terasa macam bekalan kita cukup untuk bertemu dengan Allah.

Itu tandanya kebimbangan kita amat minima dalam hal-hal akhirat di banding dengan hal-hal dunia.

Ya Allah selamtkan kami dari siksa api neraka Mu..amin

One response to this post.

  1. Posted by sue_norsuhainy on Julai 8, 2010 at 2:46 pm

    A-min..Setuju.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: