Belas Kasihan


Pernah sekali saya berada di unit kecemasan sebuah hospital. Pada waktu itu ternampak seorang pemuda yang saya percaya dia bukan Islam, yang berdarah tubuh badannya dan menjerit kesakitan. Beliau sedang menungu rawatan. Datang perasaan kasihan padanya.

Sabda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam, terjemahannya seperti berikut:

“Allah ada 100 perasaan belas kasihan. Dia menurunkan satu belas kasihan sahaja kepada jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan satu belas kasihan itu, mereka saling menyayangi dan saling mengasihani antara satu sama lain. Dengan satu belas kasihan itu jugalah binatang buas menyayangi anaknya. Allah menangguhkan 99 lagi perasaan belas kasihan bagi para hamba-Nya pada Hari Kiamat.”

Hadits Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Tapi kemudian saya teringat itu baru kesakitan di dunia. Bagaiman pula kesakitan di akhirat?. Kiranya saya benar-benar kasihan mengapa saya tidak menyampaikan Islam padanya.

Saya terkedu.

Perasaan kasihan saya padanya sebenarnya tidak dapat membantu apa-apa pada pemuda tersebut. Lemahnya saya. Anda bagaimana? Macam saya juga ke? Berat benar lidah untuk menyebarkan Islam terutama kepada yang bukan/belum Islam.

Mari kita sama-sama berusha dan berdoa supaya kita berubah.

Ya Allah berikan kekuatan kepada kami untuk menyampaikan agama Mu kepada mereka yang tidak mengetahuinya…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: