Kesihatan


Semua orang nak sihat. Kalau boleh kita nak kesihatan kita ni terpelihara hingga akhir hayat kita. Kita selalu berdoa biarlah Allah tarik sihat kita ni yang terkhir sekali sewaktu kita di cabut nyawa.

Malangnya kita jarang sedar bahawa perkara itu jarang berlaku. Biasanya manusia akan di timpa berbagai penyakit sebelum mati. Memanglah sihat itu satu nikmat. Tapi ingat bahawa penyakit juga banyak hikmahnya. Cuma janganlah kita minta sakit bila kita sihat.

Dan bila kita sihat, jarang kita sedar bahawa ia anugerah Allah yang cukup besar. Bila sihat kita tak gunakan kesihatan tersebut sebaik mungkin. Cuba kita muhasabah, adakah kita menggunakan nikmat sihat itu pada jalan yang di redhai Allah semata-mata. Atau di samping kita buat kebaikan kita juga tak malu-malu dengan Allah menggunakan nikmat sihat itu untuk melakukan kejahatan dan kemungkaran?

Dalam masa kita bimbang di kenakan penyakit, tapi nikmat sihat yang di beri oleh Allah sering kita persiakan.

Sebab itu ramai yang bila dah terlantar di hospital atau di rumah, baru teringat nak ke masjid atau baru teringat nak menuntut ilmu. Masa itulah dia bermonolog sendirian ” kalau aku di sihatkan kembali aku nak buat banyak amalan dan nak ke masjid”.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

“Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu.” – Riwayat Bukhari.

Ya Allah anugerahkanlah kami dengan kesihatan, supaya dengan kesihatan itu dapatlah kami melakukan kebaikan…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: