Surat Layang


Dalam zaman teknologi canggih ini, banyak cara boleh kita gunakan untuk menerima atau menyampaikan maklumat. Termasuk juga untuk kita menyebar dan mendapatkan ilmu.

Perkhidmatan pos pun sudah banyak berkurang penggunaannya.

Kalau kita tak berpuas hati terhadap sesuatu perkara atau terhadap seseorang adalah amat mudah untuk kita menyampaikan rasa tidak puas hati tersebut. Cuma kita hanya memerlukan ‘sedikit keberanian’ untuk menyampaikannya.

Dan kita juga perlu bertanggungjawab terhadap setiap apa yang kita lakukan. Apa yang perlu kita takutkan jika kita di pihak yang benar?

Sabda Rasulullah SAW:

“Katakan yang benar walaupun pahit”

Sebab itu budaya surat layang tak patut wujud lagi. Lebih-lebih lagi di kalangan orang yang beriman. Apatah lagi surat layang yang berbau ‘ugutan’ dan fitnah semata-mata.

Budaya surat layang ini sebenarnya menyusahkan orang lain. Selalunya maklumat atau tuduhannya palsu sahaja. Penulisnya biasanya hanya ingin melepaskan geram dan dendamnya terhadap seseorang.

Mungkin juga kerana hasad dengki yang tak mampu di bendung lagi menyebabkan penulisnya tidak dapat memikirkan baik atau buruknya surat layang yang ditulisnya.

Surat layang juga menyebabkan tersebarnya dosa dikalangan komuniti. Orang akan tertanya-tanya siapa yang melakukkannya. Akhirnya berlaku tuduh-menuduh, umpat-mengumpat dan benci-membenci.

Akhirnya boleh menyebabkan perpecahan dikalangan komuniti atau masyarakat.

Tidak salah jika ramai orang yang menganggap seorang penulis surat layang sebagai seorang ‘musuh dalam selimut’ yang pengecut yang cuba memporak-perandakan organisasi atau masyarakat.

Penulisnya biasanya takut untuk bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya sendiri. Penulisnya tidak merasai bahawa Allah melihat apa yang dilakukannya. Penulisnya juga tidak sedar bahawa dia tetap akan di soal dan di hukum oleh Allah SWT atas perbuatannya yang menyebabkan timbulnya fitnah di kalangan organisasi dan masyarakat.

Ya Allah, jauhi kami dari budaya fitnah-memfitnah dan benci-benci…amin

3 responses to this post.

  1. Posted by sue_norsuhainy on Julai 8, 2010 at 2:40 pm

    Pendapat sue ttg hal ini…sue positif je..takde rasa ingin tahu sape n takde syak sape..penulisan surat layang bg sue mana yg memberi manfaat kita ambil, yg dusta kita buang.
    Utk mengelakkan istilah ‘surat layang’,elok diberikan satu borang respon kepada setiap ahli komuniti utk bebas menulis pandangan dan pendapat.
    Mungkin ini boleh dikatakan ‘two way communications’ majikan memberi komen terhadap pekerja dan pekerja memberi komen kepada majikan.
    Bg sue,tidak salah tegur menegur begini..dan dgn ini kita tahu apa kekurangan dan apa kekuatan.

    Balas

    • Posted by hady on Mac 26, 2011 at 12:05 am

      tp pada pendapat saya… surat layang ini bergantung pada tahap kemarahan seseorng…dan seringkali surat layang dikaitkan dengan kata2 kesat… adakah situasi ini sesuai dengan two way communication seperti yang sue cadangkan? surat layang ini sepatutnya tidah perlu ada dalam kamus hidup kita. ianya seperti barah dalam diri dan komuniti sesuatu organisasi.. ini pada pandangan saya la…

      Balas

  2. Posted by linda on Ogos 25, 2011 at 5:24 pm

    bln ini sahaja 2 surat layang berkenaan saya..penulisnya betul2 attack saya..kali pertama surat layang yg kononnya dr bekas guru sek..bila disiasat,xde seorg pun bekas guru yg buat begitu..3 org guru yg baru berpindah dr sek saya telah membuat surat penafian..saya diminta membuat surat bela diri..guru besar juga backing saya..yg saya x puas hati cara kes ini dikendalikan..kenapa saya tidak dipanggil utk membela diri sedangkan peg PPD yg diarahkan siasat telah dtg ke sekolah saya?kenapa perlu mereka memanggil org yg tiada kaitan untuk mengorek cerita ttg saya?2 org yg dipanggil bercerita yg kontra..sorg cerita yg buruk ttg saya,sorg lagi sebaliknya..surat layang kedua kononnya dr ibubapa pelajar,selang sebulan dr yg pertama..yg peliknya,isi kandungan surat kedua hampir sama dgn yg pertama..of coz la kita boleh syak kedua2 surat itu dibuat oleh org yg sama yg cukup sakit hati dgn pencapaian dan kepercayaan pihak sek beri kpd saya..buat kerja salah hingga mengundang hasad dengki org lain..x buat keje lagi salah,nanti dikata makan gaji buta..saya bernasib baik mendapat sokongan dan kata2 semangat dr rakan2 guru yg alin dan juga AJK PIBG terutama tuan YDP sendiri..sebab mereka tahu bagaimana cara saya bekerja,apa yg saya lakukan utk kecemerlangan akademik anak2 didik saya hingga sekolah mendapat kecemerlangan UPSR 2010 hingga menerima ganjaran bai’aih dlm sub-nkra (pendidikan),muncul sebagai sekolah terbaik dlm daerah..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: