Monolog di hadapan TV


Bulan syaaban kembali. Bagi orang melayu memang bulan ini penuh dengan kenduri. Biasanya kenduri tahlil dan doa selamat. Memenuhi jemputan pun satu ibadat.

Cuma bila terlalu banyak jemputan sukar juga untuk memenuhi kesmuanya. Maklumlah setiap orang ada tanggungjawab masing-masing.

Malam tadi selepas pulang dari jemutan, balik ke rumah, anak isteri semua telah tidur. Anak kedua yang berusia 5 tahun tidur seorang diri dihadapan TV di ruang tamu yang masih tidak dimatikan.

Aku duduk sebentar melayan siaran di TV tersebut yang menyiarkan sebuah drama melayu tentang jenayah penyeludupan. Mulanya seronok juga melayan cerita tersebut. Tapi kemudian aku terfikir sendiri, mengapa aku membazirkan waktu dengan menonton satu kisah yang sering di ulang-ulang skripnya dengan sedikit olahan yang berbeza.

Apa faedahnya? Apa untungnya pada diri aku? Lantas ku tutup TV tersebut. Sebenarnya TV itu baru saja ku beli beberapa hari yang lepas. Saiznya 14 inci sahaja. Teringat aku, bahawa tujuan aku membelinya untuk melihat siaran yang berfaedah seperti Tanyalah Ustaz, Halaqah, Berita, dan beberapa rancangan lain.

Tapi berlaku sebaliknya. Aku juga kadang-kadang melayan rancangan yang tak sepatutnya bila ada kelapangan. Lemah sungguh diri ini Ya ALlah.

Sedangkan sebelum aku memiliki TV baru ini, sejak TV yang lama rosak beberapa bulan yang lalu, banyak buku dapat aku baca setiap hari.

Mengapa susah sangat aku nak mendisiplinkan diri.

Pernah aku baca sebuah tulisan yang menyatkan bahawa “biarlah kita tak dapat memanafatkan kebaikan TV demi mengelakkan keburukannya yang lebih besar”.

Memang aku agak setuju denggan pandangan tersebut. Tapi aku rasa rugi pula mengenepikan rancangan-rancangan bermanafaat yang sekarang ini memang banyak disiarkan.

Nasib baik Ya Allah, Engkau masih memberi kekuatan kepada diri ku untuk tidak melanggan siaran TV berbayar…. Jika tidak, tak tahulah…

Ya Allah, berikan kekuatan kepada hamba Mu ini untuk melakukan sebanyak-banyak kebaikan sehingga aku penat dan tak mampu untuk melakukan kejahatan….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: