Demi masa….


Semua orang mempunyai masa yang sama setiap hari. 24 jam atau 3600 minit. Ada yang mengira masa mereka mengikut jam dan ada orang mengira mengikut minit.

Mereka yang mengira masa mengikut minit biasanya orang yang amat menghargai setiap minit dalam hidupnya. Mereka biasanya orang yang menepati masa.

Ada juga orang yang hanya bila melihat jam, tidak menghiraukan sangat jarum minit pada jam tersebut. Mereka ini biasanya kurang menghargai masa dan jarang menepati masa.

Sebagai seorang yang mengaku beriman dengan Allah, kita seharusnya orang yang sangat berkira dengan masa. Bukan sekadar untuk aktiviti kita dengan manusia sahaja, tetapi terhadap hubungan kita dengan Allah SWT.

Surah Al-Asr, Ad-Dhuha, Al-Lail adalah diantara surah yang Allah bersumpah dengan masa, bagi mengingatkan manusia betapa pentingnya masa dalam kehidupan orang yang beriman.

Dilaungkan azan sebaik sahaja masuk waktu solat di masjid-masjid melambangkan pentingnya orang Islam menepati masa. Lebih-lebih lagi dalam hubungan dengan Allah SWT.

Difardhukan solat di dalam masa-masa yang ditetapkan juga menunjukkan betapa pentingnya masa bagi seorang Islam.

Dijanjikan pahala yang berganda bagi mereka yang solat diawal waktu dan secara berjemaah, disamping diberi kutukan dan ancaman kerasbagi mereka yang melewat-lewatkan solat sehingga luput waktunya juga adalah bukti Islam sangat mementingkan masa.

Tetapi di zaman ini, ramai umat Islam yang tidak menghargai masa. Buktinya berapa ramai yang suka membazirkan masa mereka sekadar untuk menonton TV, bersembang-sembang, melayan “games”, berchating yang tidak berfaedah, lepak dan sebagainya.

Tetapi bila diajak melakukan kebaikan seperti, berjemaah di masjid, menghadiri kuliah maghrib atau memenuhi jemputan kenduri pun mereka akan memberi alasan ‘sibuk’, tiada masa atau penat. Kenapa ye?

Ya Allah, jadikanlah kami hamba Mu yang suka melakukan kebaikan dan bencikan kejahatan…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: