Melihat dengan mata akhirat


Kita memandang sesuatu perkara, dengan pandangan apa? Apakah kayu ukur kita? Kita gunakan definisi siapa dalam membuat pertimbangan?

Di sini, kita sebagai manusia yang berhajat untuk menjadi hamba kepada Allah SWT, perlu melihat dengan lebih luas. Betapa anehnya kita, hendak berjaya dalam menjadi hamba-Nya, tetapi kita menggunakan timbangan-timbangan yang bukan timbangan-Nya. Kita mengira sesuatu dengan tidak menggunakan kayu ukur-Nya.

Bila kita nak baru kita ambil Islam. Apa yang kita suka, baru kita guna neraca-Nya. Tetapi dalam hal-hal yang selari dengan nafsu kita, kita menolak neraca Allah SWT, dan mengambil definisi-definisi selain definisi Allah SWT.

Bukankah pelik, kita hendak menggapai akhirat, tetapi memandang dengan mata keduniaan?

Bila neracanya bukan menggunakan timbangan Allah

Allah SWT telah menetapkan bahawa yang dia redhai adalah Islam sebagai cara hidup. Islam tidak sekadar berfungsi sebagai agama di dalam makam ibadah khusus sahaja. Tetapi Islam mengekspansikan teritori ibadah kepada seluruh kehidupan. Menjadi manusia, hamba kepada Allah SWT itu sendiri satu ibadah.

Namun, untuk manusia yang tidak memandang perkara ini, mengukur kehidupannya adalah untuk berseronok dan melihat Islam hanya di majlis-majlis agama dan di tempat tertentu sahaja, maka terperosoklah dia dalam kekeliruan.

Kita tak akan mampu hendak membumikan Islam secara keseluruhan, tanpa kefahaman yang jelas. Justeru, Islam tak akan mampu dibumikan sekiranya kita mengambil timbangan-timbangan yang bukan menggunakan neraca Allah SWT.

Contohnya, hari ini orang menyatakan bahawa: “Kalau tak ada girlfriend tandanya dia gay, kalau tak ada boyfriend, tandanya dia lesbian”

Maka, terdorong atau rasa tercabar akan statement yang dipakai masyarakat sekeliling kita itu, kita terus berusaha melanggar arahan Allah SWT untuk menjaga pergaulan lelaki dan perempuan. Di sini, kita telah mengambil neraca manusia.

Sedangkan, di sisi Allah, yang termulia adalah yang menundukkan pandangannya, dan menjaga kemaluannya.

Ini akibatnya, jika neraca kita bukan neraca Allah SWT.

Maka kita akan menimbang mengikut manusia, mengikut hawa nafsu yang tidak bermata.

Prinsip yang merapuh

Sekiranya seseorang manusia itu tidak memandang sesuatu perkara dengan neraca Allah SWT, maka dia tidak akan mempunyai pegangan yang kukuh, prinsip yang utuh dalam meneruskan kehidupannya.

Ia akan bergerak ibarat lalang ditiup angin. Ditiup ke kanan, dia menghala ke kanan. Ditiup ke kiri, dia akan menghala ke kiri.

Bayangkan bagaimana ummah hendak membangun sekiranya dipandu oleh manusia-manusia sebegini. Bagaimana sebuah rumah tangga hendak terbina dalam keredhaan Allah SWT apabila dieketuai oleh manusia begini. Bagaimana diri, hendak menjadi hamba Ilahi yang diredhai sekiranya digerakkan oleh jiwa yang sebegini?

Prinsip yang merapuh membuatkan kita mudah ditebuk. Sedikit sahaja digegar, sudah roboh. Baru sahaja melihat semua orang menghabiskan masa lapang dengan berseronok, kita pun melupakan kenikmatan dalam perjuangan. Baru sahaja melihat ramai anak muda hari ini berfikiran tidak matang serta tidak berfikir akan masa hadapan, kita pun tergerak mengikuti mereka.

Jadi bagaimanakah?

Ini adalah kesan rantaian yang berlaku apabila kita tidak mengambil neraca Allah SWT.

Sebab tiada neraca lain yang lebih kemas dan kuat selain neraca Allah SWT.

Memandang dengan mata akhirat

Akhirnya, kita perlu melihat dunia ini dengan mata akhirat. Apakah dia mata akhirat?

Yakni kita melihat sesuatu perkara itu dengan konsikuensinya di akhirat kelak.

Apakah perkara ini jika aku lakukan akan membawa aku ke syurga?

Apakah perkara ini jika aku lakukan akan membawa aku ke neraka?

Di sini bezanya orang-orang yang imannya benar kepada Allah SWT dengan manusia lain yang imannya sekadar di mulut sahaja.

Saya pernah membaca kisah seorang ulama’, yang memakan epal yang dibawa oleh arus sungai sedang dia ketika itu dalam keadaan tersangat lapar kerana beberapa hari tidak makan. Bila dia makan, baaru dia terfikir bahawa epal itu bukan miliknya. Pastinya epal itu milik orang lain. Dia takut bahawa dia telah terjebak ke dalam perkara yang haram – yakni memakan yang bukan hartanya.

Lantas dia bergerak menyusuri sungai itu hingga tiba ke satu kebun epal. Dia berjumpa dengan tuan kebun epal itu, meminta maaf dan memohon jika ada apa-apa yang boleh dia lakukan untuk menebus epal yang dimakannya tanpa izin.

Lihatlah manusia ini. Sebiji epal yang dialir oleh sungai. Dia tetap merasakannya satu perkara yang tidak patut dilakukan. Sampai sanggup menyusur sungai mencari tuannya semula, malah bertanya apakah yang patut dilakukan untuk menebus perbuatannya tadi. Kenapa?

Sebab kemurkaan Allah, konsikuensinya di akhirat itu sangat besar untuknya. Maka dia berjaga-jaga. Inilah dia manusia yang memandang dengan pandangan akhirat.

Bagaimana pula? Adakah urusan kita hari ini urusan sebiji epal?

Lihatlah sekeliling anda.

Lebih besar dari sebiji epal saya rasa.

Penutup: Yang beriman itulah yang tertinggi

Yang memandang dengan pandangan akhirat, ianya akan berada di darjat yang tinggi. Tinggi di langit dan tinggi di bumi.

Manusia yang memandang dengan pandangan akhirat akan sentiasa berjaga. Hatta berpakaian, dia akan berpakaian dengan cara berpakaian yang Allah redha. Berbicara, dia akan berusaha menutur dengan tuturan yang Allah redha. Apatah lagi dalam bab-bab yang lebih besar seperti harta, cinta, rumah tangga, kerja dan urusan kenegaraan.

Selain hal ini membantu imej dan peribadi diri, ia juga memberi kesan kepada masyarakat.

Inilah yang telah dibuktikan oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Kata Saidina Ali RA,

“Mereka adalah anak-anak akhirat, yang memandang dunia dari jendela akhirat”

sumber: langitilahi.comK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: