Kesesakkan Di jalanraya


Pagi semalam, ketika dalam perjalanan ke Setapak terlibat dalam kesesakan jalanraya yang tidak di duga. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa satu jam menjadi lebih tiga jam.

Nasib baik ada bekalan beberapa CD ceramah yang belum di dengar lagi. Boleh juga menambah sedikit ilmu dalam perjalanan.

Bila memikirkan tentang seksanya bila terlibatnya dalam kesesakan jalanraya, bagaimana agaknya keadaan kita semasa dalam perhimpunan di Padang Masyhar?

Bagaimana agaknya seksaan sebelum kita di hisab oleh ALlah SWT?

Teruknya proses ‘hisab” ini, sehingga Nabi SAW memberitakan ada yang sanggup memohon di masukkan sahaja ke dalam neraka kerana sudah tidak tahan lagi berada di padang Masyhar tersebut.

Ya lah, kesesakan dijalanraya sahaja orang sudah tidak boleh bersabar lagi, sehingga ada yang sanggup memotong di laluan kecemasan, ada yang membunyikan ‘hon’ tanpa sebab, dan ada juga yang sampai memaki hamun dalam kenderaan sendiri, bagaimana mampu untuk menampung kesulitan yang lebih besar di saat semua manusia dihimpunkan serentak dari bermulanya alam ini sehingga kiamat?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: