Diam itu lebih baik….


Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda :

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”. [Bukhari no.
6018, Muslim no. 47]

Ramai orang suka bercakap dari mendengar. Kalau kita rajin perhatikan perbualan rakan-rakan kita, ramai yang suka memotong percakapan orang lain kerana mereka tak sabar untuk mengutarakan pandangan atau cerita mereka.

Walau pun Allah hanya beri kita satu mulut dan dua telinga, manusia masih lagi aktif menggunakan mulut dari telinga mereka.

Walau pun kita diingatkan oleh Rasulullah SAW, bahawa diam itu lebih baik dari berkata-kata yang sia-sia, kita masih lagi sukar untuk mengunci mulut kita.

Sebab itu ramai orang tak gemar untuk pergi ke majlis ilmu seperti forum, ceramah, dan kuliah-kuliah maghrib dimasjid-masjid. Ini kerana di majlis tersebut kita hanya boleh mendengar sahaja. Sesekali saja kita boleh bercakap, itu pun untuk bertanya soalan.

Memang ada juga yang suka bersembang dalam majlis tersebut. Mereka ini biasanya memang jenis yang tak tahu diam dan menghormati majlis. Boleh jadi juga di sebabkan ego yang terlalu tinggi di dalam diri.

Apa yang penting, kita kena ingat segala percakapan kita akan dihitung oleh Allah SWT. Kita akan mendapat balasanya di akhirat. Beruntunglah orang yang menggunakan mulut mereka untuk kebaikan dan binasalah mereka yang menggunakan mulut mereka untuk kejahatan atau perkara sia-sia sahaja.

Ayuh, mari kita diam sebentar. Sambil mengingati keagungan ALLAH SWT, yang memboleh dan membenarkan kita berkata-kata dan berdiam diri.

Ya Allah, jadikanlah hati kami hati yang banyak mengingati Mu ..amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s